Muar Chee

Muar Chee

Atau lebih dikenali dengan Muah Chee amat diminati oleh kaum cina.  Boleh diperolehi di pasar-pasar awam yang ada gerai makan cina atau dimana-mana saja gerai cina.  Mungkin mudah diperolehi sebab cara pembuatannya yang sangat mudah dan menggunakan bahan yang sangat sikit dan ringkas.

Bahan:
200gm tepung pulut
225gm air
1camb. minyak masak (atau boleh guna minyak gorengan bawang untuk mendapatkan bau yang wangi)
1 camb. gula
1 camb tepung jagung
sedikit garam

Hiasan-
Kacang tumbuk dan gula secukupnya

Cara memasaknya-
Campurkan sahaja semua bahan.  Sebatikan dan kemudian kukus dengan api kuat selama 15 minit.  Sejukkan sebentar dan kemudian potong-potongkan (nak mudah gunakan sudu) dan digaulkan dengan kacang tumbuk dan gula.  Untuk me
mastikan masakan ini sedap, pastikan kacang tumbuk tidak berbau tengit (selalu kalau beli siap, kadang-kadang akan ada bau tengit ini pada kacang tanah).  Nak sedap lagi boleh sangat dan tumbuk sendiri kacang tersebut.  Jika ada bijan, boleh juga ditambah dalam saduran kuih ini.  

Comments