Posts

Showing posts with the label masakan melayu

Masak lemak cili padi daging salai

Image
Masak lemak daging salai merupakan 1 hidangan yang terkenal di Negeri Sembilan. Bahan-bahan- 1 kg daging salai (potong nipis-nipis) 15 biji belimbing buluh 4 batang serai (dititik) 1 mangkuk santan segar 3 keping asam gelugur 3 biji ubi kentang (dipotong 4) Bahan kisar- 4 ulas bawang merah 1 genggam cili padi kampung  1 inci belacan 1 inci halia 2 inci kunyit hidup Cara memasak- 1. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam periuk, tumis sebentar dan kemudiannya masukkan daging salai; kacau sebati.  Masukkan juga ubi kentang. 2. Masukkan sedikit air dan santan bersama serai dan asam keping. 3. Perasakan dengan garam dan gula. 4. Bila mendidih, masukkan belimbing dan kacau rata. Masak dengan api perlahan sehingga belimbing lembut. Nota masakan-    Gaulkan daging dengan garam dan kunyit.  Biarkan dalam keadaan seketul besar, kelar-kelar sedikit permukaan daging.  Bakar di atas dapur atau oven dengan suhu yang sederhana sehingga air daging kering.  Jika mengik...

Sambal belacan

Image
Bahan- 6 biji limau kasturi (dibuang biji) 50gm belacan yang telah dibakar 3 biji cili merah 1 biji cili hijau segenggam cili padi 100ml air asam jawa pekat garam dan gula secukup rasa Cara penghasilan sambal belacan- 1. Satukan semua jenis cili dan belacan dan mulakan menumbuk. 2. Bahan-bahan tadi dimasukkan sedkit demi sedikit, tumbuk sehingga sambal menjadi separuh hancur. 3. Tambahkan bahan selebihnya dan perasakan sebelum diangkat. 4. Jika menggunakan pengisar, masukkan sahaja semua bahan dan kisar separa lumat. Nota tambahan- 1. Bakar belacan sekejap supaya sambal menjadi lebih beraroma. 2. Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam agar sambal belacan tahan lama. 3. Penggunaan limau kasturi yang dikisar besama kulit (buang biji) akan membuatkan sambal lebih wangi dan sedap. 4. Semasa mengisar, atau menumbuk gunakan beberapa cili padi yang masih bertangkai (ini merupakan petua bagi mengelakkan sakit perut).   Rujukan- 1. rasa.my. petua buat sambal belacan

Kari kepala ikan

Image
  Kari kepala ikan sedap dimasak dengan menggunakan ikan merah, siakap, kerapu, jenahak yang dihidangkan bersama sambal belacan dan nasi putih yang masih panas.  Kicap manis juga menjadi pelengkap bagi hidangan ini.  Bukan sahaja dijamah dengan nasi, kari kepala ikan juga sedap dimakan bersama lempeng, roti mamak, paratha atau roti canai. Bahan- 700gm kepala ikan merah (atau sebarang jenis ikan yang bersesuaian) Bahan untuk ditumbuk atau dihiris halus- 3 ulas bawang merah (kecil) 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/4 biji bawang besar Bawang untuk ditumis- 3 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil halba campur 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang sedikit daun kari (2-3 tangkai) Bahan selebihnya- 2 cawan santan cair 1 cawan santan pekat 1 paket rempah ikan (paket kecil) 1 sudu besar serbuk cili 1 biji cili dipotong 4 10 batang bendi 2 biji tomato sedikit air asam jawa garam dan gula secukup rasa 1 sudu besar halba campur Cara memasak- 1. Bancuh serbuk kari dan serbu...

Rendang daging

Image
Bahan kisar halus- 7-8 biji bawang merah 5 ulas bawang putih 3 inci halia 2 inci kunyit hidup 2 inci lengkuas 3 batang serai 15-20 tangkai cili kering (direbus asing) dan dikisar berasingan sedikit air Bahan untuk disangai- 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu kecil biji jintan putih 1 sudu kecil biji jintan manis Bahan-bahan masakan yang selebihnya- 2 cawan minyak masak 1 kilo daging lembu 2 cawan santan cair 1 mangkuk santan pekat 1 keping asam keping (sederhana) 2-3 sudu besar kerisik 1-2 helaai daun kunyit 2-3 helai daun limau purut gula nisan atau gula melaka secukupnya garam dan gula secukup rasa Cara memasak- 1. Daun kunyit dibuang bahangian tengah yang keras, kemudian digulung nipis dan hiris senipisnya.  Simpan dalam bekas bertutup dan jangan biarkan kering. 2. Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam anggaran 2 inci. 3. Bahan-bhan sangai, pastikan disangai sehingga naik baunya.  Kemudian bahan sangai ini dikisar halus. 4. Panaskan minyak dan masukk...