Rendang daging
Bahan kisar halus-
7-8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
3 batang serai
15-20 tangkai cili kering (direbus asing) dan dikisar berasingan
sedikit air
Bahan untuk disangai-
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil biji jintan putih
1 sudu kecil biji jintan manis
Bahan-bahan masakan yang selebihnya-
2 cawan minyak masak
1 kilo daging lembu
2 cawan santan cair
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam keping (sederhana)
2-3 sudu besar kerisik
1-2 helaai daun kunyit
2-3 helai daun limau purut
gula nisan atau gula melaka secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1. Daun kunyit dibuang bahangian tengah yang keras, kemudian digulung nipis dan hiris senipisnya. Simpan dalam bekas bertutup dan jangan biarkan kering.
2. Potong daging (arah lawan urat) kepada ketulan sederhana dalam anggaran 2 inci.
3. Bahan-bhan sangai, pastikan disangai sehingga naik baunya. Kemudian bahan sangai ini dikisar halus.
4. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar, masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan daging dan rempah yang telah dikisar, kacau rata.
6. Masukkan pula santan cair, ratakan adunan. dan reneh sehingga daging masak empuk.
7. Bila daging klihatan hampir kering, masukkan pula santan pekat, asam keping dan masak sehingga kuah kelihatan agak pekat.
8. Masukkan kerisik, daun kunyit, daun limau purut, gula melaka yang telah dihancurkan.
9. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
Rendang daging sedap dimakan bersama nasi putih, pulut kunig, ketupat pulut atau ketupat nasi dan lemang. Selalunya rendang dimasak dan disajikan ketika menyambut hari perayaan; dan ia amat sinonim dengan sambutan hari raya. Selain daging rendang juga boleh disediakan dengan menggunakan daging ayam.
Nota tambahan-
1. Penggunaan kunyit segar akan membuatkan rendang lebih wangi dan lebih sedap.
2. Ada sesetengah versi memasukkan sesudu dua rempah kari daging ke dalam masakan rendang bagi tujuan menambah rasa. Walau bagaimanapun penambahan rempah kari ini akan mengurangkan rasa aroma asli masakan rendang tersebut.
3. Resepi asli masakan rendang ini menggunakan penggunaan serai dan bawang yang agak banyak bagi menambah rasa pada masakan.
Rujukan-
1. resepichenom.com/resepi/rendang-daging
Comments