Pulut kuning

Kebiasaanya pulut kuning dimakan bersama gulai atau rendang ayam dan daging, serunding, gulai telur atau boleh juga dimakan bersama sambal ikan bilis. Pada masa dulu pulut kuning selalunya dihidangkan bersekali dengan ayam panggang atau ayam golek dan telur rebus.

Bahan pulut kuning- 
5oogm beras pulut 
1 sudu kecil kunyit 
air secukupnya (untuk menrendam pulut) 
2 cawan santan pekat 
secubit garam 
3-4 helai daun pandan 

Cara memasak- 
1. Rendam pulut yang digaul bersama kunyit untuk berberapa jam (4jam sekurang2nya) atau direndam semalaman bagi mendapatkan warna kuning yang cantik. 
2. Toskan atau tapis pulut bagi membuang air rendaman. 
3. Alas daun pisang didalam tempat pengukus dan letakkan beras pulut rata di atas daun pisang tersebut. Panaskan pengukus dan kukus pulut selama 1/2 jam atau sehingga lembut. 
4. Angkat dan masukkan pulut ke dalam mangkuk besar. 
5. Kacau santan bersama garam, dan tuang santan ke dalam mangkuk yang berisi pulut dan gaul sebati dan biarkan seketika sehingga santan meresap ke dalam pulut. 
6. Masukkan semula pulut ke dalam bekas pengukus dan kukus sekejap dama 5-10 minit. 
7. Siap utk dihidang.

Nota kaki-
Tip agar pulut kuning tahan lama dan tak cepat basi-
1. Rendam beras pulut dengan air sejuk.
2. Masukkan garam kasar ke dalam rendaman pulut.
3. Rendamkan asam keping bersama beras pulut.
4. Rendam pulut sekurang-kurangnya 6 jam.
5. Pastikan sebelum direndam wajib dibilas sehingga hilang air keruh.
6. Semasa merendam pulut masukkan 2 sudu kecil kunyit serbuk.

Kaedah mengukus beras pulut-
1. Pada kukusan pertama beras pulut dicampurkan dengan sedikit minyak masak dan kukus selama 10 minit..
2. Air kukusan pastikan betul-betul mendidih.

Maklumat tambahan pulut kuning-
Pulut kuning agak sinonim dengan perayaan kaum Melayu. Dihidangkan semasa khatam Al-Quran, majlis berinai, majlis kesyukuran dam sebarang majlis yang mengambarkan kegmbiraan atau kesyukuran. Mengikut sumber lisan sejarah pulut kuning melambangkan atau merupakan simbolik kepada penyatuan dan harapan, warna kuning pula melambangkan cahaya dan kekayaan.  Selain dikenali dengan nama hidangan pulut kuning, masakan ini juga dikenali sebagai Pulut Semangat atau nasi semangat.  Disamping itu bagi masyarakat Melayu lama pulut kuning juga dikaitkan dengan alam ghaib bagi kegunaan upacara perbomohan, pemujaan, tolak bala dan sebagainya.

JIka dikaji dari susur galur pula, pulut kuning dikatakan berasal dari China dan merupakan makanan turun-temurun yang boleh diperolehi di Laos, Kem boja dan Siam.  Kemudiannya baru mula berkembang ke tanah Melayu.  Pulut kuning juga dikatakan mempunyai sedikit pengaruh Hindu-Buddha kerana mempunyai unsur kegunaan bagi pemujaan dewa dewi.

Cara pembuatannya agak mudah dan tidak rumit. Paling penting santan yang digunakan perlulah santan pekat yang segar yang dimasukkan dengan sedikit garam bagi menambahkan bangkit lemak santan tersebut. Beras pulut yang digunapakai perlulah direndam semalaman bagi mempercepatkan proses mengukus pulut itu nanti. 

Rujukan-
1. siakapkeli.my/2023/07/31/nak pulut kuning tahan lama dan tidak cepat basi
2. ms.m.wikipedia.org/wiki/Pulut_kuning
3. amamee.blogsport.com

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh