Pai Tee

 


Pai Tee sangat sinonim dengan kedai makan jenama terkenal rangkaian Chicken Rice Shop.  Keranggupan kulitnya dan sesedap rasa segar ramuan intinya sangat mengujakan.  1 pinggan serasa tak cukup.  Pai tee selalunya dihidangkan sebagai hidangan minuman petang, dijamu pada hari2 sambutan perayaan dan jamuan makan.

Bahan untuk kulit-
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepun gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
secubit garam
sebiji telur
1 sudu kecil air kapur makan

Cara memasak-
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga tidak berketul menggunakan whisk.
2. Panaskan minyak dan celup acuan ke dalam minyak panas tersebut.
3. Celup acuan yg telah dipanaskan tersebut kedalam ramuan kulit tadi dan celup semula ke dalam minyak panas.
4. Acuan yang terbentuk biarkan kekuningan sebelum diangkat. 
5. Toskan 


Bahan untuk inti-
timun
sengkuang
lobak merah (disagat tapi saya suka dihiris nipis saja)
tauge
isi udang
bawang putih dan bawang merah ditumbuk
minyak garam dan serbuk perasa

Cara memasak-
1. Tumis bawang dan masukkan isi udang.
2. Masukkan sayur-sayuran semua, gaul dan masak sekejap.
3. Perasakan dengan garam dan bahan perasa, gaul rata
4. siap.


Bahan untuk sos-
8 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
1/4 cawan air
1/4 cawan cuka
4 sudu besar sos ikan
1 cawan gula perang atau gula melaka

Cara memasak-
1. Kisar semua bahan kemudian tuangkan ke dalam periuk dan masukkan gula secukupnya.
2. Masak dengan api sederhana sehingga sebati.


Nota tambahan-
1. Pai tee sinonim sebagai hidangan masyarakat peranakan baba nyonya.
2. Cara pembuatan kulitnya hampir sama dengan kaedah pembuatan dan ramuan untuk membuat kuih goyang atau kuih rose.
3. Ada terdapat versi yang meletakkan santan dalam adunan kulitnya.
4. Kulit paitee boleh disediakan awal dan disimpan di dalam bekas kedap udara untuk kegunaan nanti.
5. Tepung beras yang digunakan selalunya cap teratai.
6. Pastikan menggunakan minyak masak yg banyak untuk memasak pai tee. Kerana adunan perlu dibiarkan terendam di dalam minyak sepenuhnya.
7. Gunakan api yang panas, tapi jika terlalu panas api perlu di kurangkan tahap kepanasannya.
8. Biarkan aduna terendam sepenuhnya dan agak keras sedikit sebelum ditanggalkan dari acuan, kalau tidak adunan akan menjadi leper atau tidak terbentuk dengan cantik.


Rujukan-
1. myresepi.com
2. Syarifah Aminah Al-Baiti, ohbulan.com
3. tiffinbiru.com
4. bidadari.my/resepi


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-