Posts

Showing posts with the label masakan Kelantan

Kuih Paung

Image
Kuih paung atau lebih dikenali dengan nama paung goreng trengganu atau kuih bom inti ikan, merupakan resepi tradisi negeri Trengganu yang selalu boleh dijumpai dijual di pasar pagi.  Rasanya kenyal dan ranggup serta manis ikan menaikkan lagi rasa sedap kuih ini. Bahan- 5-6 ekor ikan selayang (sardin) direbus dengan asaam keping dan garam 2 cawan santan segar 5 ulas bawang merah 1/2 inci halia dihiris halus Secubit lada hitam 1/2 sudu kecil halba 1 sudu kecil garam  1 sudu kecil gula tebu Bahan untuk kulit- 2 1/2 cawan tepung pulut 1/2 cawan tepung beras 1/2 cawan santan pekat 1 cawan air 1 sudu kecil garam Minyak untuk menggoreng Cara memasak- 1. Ikan direbus, dan diambil isinya sahaja. 2. Kisar isi ikan dengan bawang merah dan halia. 3. Tuang bahan kisar tadi kuali dan masak tanpa minyak sehingga ramuan agak kering. 4. Gaulkan bahan doh, rehatkan doh 1-2 jam pada suhu bilik. Pastikan bekas ditutup untuk mengelakkan doh kering. 5. Ambil sedikit doh, lebih kurang sebesar bola g...

Ikan rebus Kelantan

Image
Ikan rebus Kelantan /Thailand Masakan ini mirip seperti masakan ikan lengat dikebanyakkan negeri yang terdapat di Malaysia.  Cuma bezanya berdasarkan bahan-bahan yang digunapakai untuk memasaknya.  Bahan-bahan yang digunapakai dalam masakan ini menyebabkan dari proses penyediaannya sahaja boleh membuatkan kita teruja untuk menikmatinya.  Ini kerana ketika merebus ikan ini bau bahan-bahan yang digunapakai sangat mengamit deria lapar, wangi dari daun limau purut dan gula kabung mengapung sudut dapur.  Istimewanya lagi setelah siap direbus, ikan ini boleh dimakan begitu saja sebagai lauk pelengkap nasi, ataupun boleh digoreng terlebih dahulu.  Manakala ikan rebusan yang lain, yang masih tersisa boleh disimpan dalam peti sejuk untuk digunapakai pada hari-hari seterusnya. Bahan- 15 ekor ikan kembung (atau sebarang jenis ikan yang tidak bersisik) 2 ketul gula melaka 6 batang serai 1-2 camb garam secukupnya 6 ulas bawang putih segengga...

Kuih Gegetas

Image
Kuih Gegetas Ada tempat memanggil kuih ini sebagai kuih lidah, kuih gergad, kuih kertas.  Merupakan sejenis kuih tradisional yang semakin dilupakan.  Rasanya sebelum disira dengan gula, hampir sama dengan rasa kuih dangai, dan saya menyukai rasanya.  Teksturnya liat, manis dan rasa yang kaya dengan haruman kelapa.   Kuih ini dipercayai berasal dari kuih masyarakat Banjar dan mereka selalu membuatnya ketika bulan puasa. Di Sulawesi, Indonesia kuih ini dikenali dengan nama Sawalla atau Lasowalla.  Di negeri Kelantan ia dikenali dengan nama kuih badak, tapi dengan bentuk yang berbeza.  Saya sukakan rasa kuih ini tapi sebelum ia disira gula, bila disira gula.  Rasa manisnya menghilangkan rasa dan aroma kuih ini.  Si kecil saya yang agak cerewet makan pun sukakan kuih ini, dalam versi tidak disira gula. Bahan- 2 cawan tepung pulut 1 cawan tepung gandum 1/2 biji kelapa parut putih 1 camt. garam 1 cawan air Untuk sira gula- 1/2 ...