Kuih Paung


Kuih paung atau lebih dikenali dengan nama paung goreng trengganu atau kuih bom inti ikan, merupakan resepi tradisi negeri Trengganu yang selalu boleh dijumpai dijual di pasar pagi.  Rasanya kenyal dan ranggup serta manis ikan menaikkan lagi rasa sedap kuih ini.

Bahan-
5-6 ekor ikan selayang (sardin) direbus dengan asaam keping dan garam
2 cawan santan segar
5 ulas bawang merah
1/2 inci halia dihiris halus
Secubit lada hitam
1/2 sudu kecil halba
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil gula tebu

Bahan untuk kulit-
2 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak-
1. Ikan direbus, dan diambil isinya sahaja.
2. Kisar isi ikan dengan bawang merah dan halia.
3. Tuang bahan kisar tadi kuali dan masak tanpa minyak sehingga ramuan agak kering.
4. Gaulkan bahan doh, rehatkan doh 1-2 jam pada suhu bilik. Pastikan bekas ditutup untuk mengelakkan doh kering.
5. Ambil sedikit doh, lebih kurang sebesar bola golf. Leperkan, masukkan inti dan tutup. ulang proses sehingga semua adunan doh habis dimasukkan inti.
6. Panaskan minyak dalm kuali, goreng menggunakan  api yang sedang supaya kuih tidak meletup ketika digoreng
7. Goreng kuih sehingga keperanggan. Sedia untuk dihidangkan.
8. Sekiranya hendak dibekukan, goreng separuh masak dan simpan dalam bekas kedap udara.

Nota masakan-
1. Doh yang telah disediakan, disimpan sekejap dalam 20 minit dalam peti sejuk bagi mengelakkan ia meletup ketika digoreng.  
2. Boleh juga adunan doh yang telah siap dibentuk dan diisi dengan inti dimasukkan sekejap dalam 20 minit dalam peti sejuk untuk tujuan yang sama.
3. MInyak menggoreng pastikan tidak terlalu panas bagi mengelakkan kuih meletup.


Rujukan-
1. https://cookpad.com/my/recipes/10688589-paung-goreng-terengganu-kuih-bom-inti-ikan


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh