BAHAN-BAHANNYA : 250 gram kacang dhal (cuci dan rendam 4 jam) 1 biji bawang besar, (dadu kecil) 1 camca teh jintan manis 2 tangkai cili kering, (gunting kecil2) 1 tangkai daun kari Garam secukup rasa cili hijau CARA MEMBUATNYA : 1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga halus, sebahagian dikisar separa hancur,Tuang ke dalam bekas. 2. Jika mengisar Kacang dhall dengan menggunaakan pengisar biasa, boleh tambahkan sedikit air. Selepas itu kacang dhall yang dikisar ini ditapis bagi mengeluarkan air yang digunakan tadi. Gunakan air dari kisaran ini untuk mengisar kacang dhall yang selebihnya. 3. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari ke dalam bekas berisi kacang dhall yang telah dikisar tadi. Gaul rata dan tambah garam dan ajinamoto secukup rasa. Biar sekejap. 4. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adu...