Posts

Showing posts from April, 2024

Cucur Badak

Image
Bahan:  untuk: (30 biji saiz kecil) Untuk kulit- 4 biji keledek saiz besar 2 cawan tepung gandum garam secukupnya Cara memasak- 1. Buangkan kulit keledek, rebus hingga empuk dan masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan. 2. Setelah masak, keledek tadi dihancurkan dan dicampurkan bersama tepung gandum sehingga sebati dan sehingga adunan tidak melekat ditelapak tangan. 3.  Adunan ini bahagikan dan jadikan kepada doh-doh kecil. 4.  Masukkan inti ditengah adunan dan bulatkan kembali. 5.  Goreng dengan api yang sederhana. Untuk inti: 1 biji kelapa parut (putih sahaja) 2 cawan udang kering 4 biji bawang besar 5 batang serai 2 camt kunyit serbuk 10 biji cili kering 2 camb. minyak masak Gula dan garam secukup rasa Cara memasak- 1. Kisar cili kering, serai, udang, bawang dengan sedikit air 2. Adunan di atas digaulkan bersama kelapa parut. 3. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan ke dalam kuali, masak dengan api yang sederhana. 4.  Kacau adunan sehingga masak da

Sugee Halva (Kesari)

Image
Bahan- 1/2 cawan tepung suji atau tepung semolina 1/2 cawan minyak sapi 3/4 cawan gajus (dipanggang sekejap dan dicincang kasar) Sedikit kismis sultana 3 cawan air panas 1/2 cawan krim susu atau 1 cawan susu cair 1/2 cawan gula 5 biji buah pelaga pewarna kunig  esen nenas secubit garam serbuk badam kekacang seperti pistachio, gajus, badam, walnut Cara memasaknya- 1. Cairkan mentega atau minyak sapi. 2. Masukkan tepung semolina dan tuangkan susu cair, kemudian tambahkan dengan 1 tin air dan kacau rata. 3. Masak air gula secara berasingan. 4. Campurkan air gula ke dalam adunan semolina dan kacau rata. 5. Masukkan bahan-bahan lain dan tinggalkan sedikit kekacang untuk digunakan sebagai hiasan masakan. Info berkaitan masakan- Sugee atau suji halva, dikenali sebagai Alvaa oleh masyarakat Tamil.  Dikenali sebagai Kesari oleh masyarakat di India Selatan dan Karnataka.  Ia diperbuat dari bijirin semolina yang bertekstur kasar dari jenis gandum durum.  Gandum ini digunakan secara meluas dalam p