Cucur Badak



Bahan:  untuk: (30 biji saiz kecil)

Untuk kulit-
4 biji keledek saiz besar
2 cawan tepung gandum
garam secukupnya

Cara memasak-
1. Buangkan kulit keledek, rebus hingga empuk dan masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan.
2. Setelah masak, keledek tadi dihancurkan dan dicampurkan bersama tepung gandum sehingga sebati dan sehingga adunan tidak melekat ditelapak tangan.
3.  Adunan ini bahagikan dan jadikan kepada doh-doh kecil.
4.  Masukkan inti ditengah adunan dan bulatkan kembali.
5.  Goreng dengan api yang sederhana.


Untuk inti:
1 biji kelapa parut (putih sahaja)
2 cawan udang kering
4 biji bawang besar
5 batang serai
2 camt kunyit serbuk
10 biji cili kering
2 camb. minyak masak
Gula dan garam secukup rasa

Cara memasak-
1. Kisar cili kering, serai, udang, bawang dengan sedikit air
2. Adunan di atas digaulkan bersama kelapa parut.
3. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan ke dalam kuali, masak dengan api yang sederhana.
4.  Kacau adunan sehingga masak dan kelihatan kering sedikit.


Info masakan-
1. Untuk 1 kg keledek, inti dibuat dengan 1/2 kg kelapa parut putih.
2. Semasa mula menggoreng kuih jangan kerap dialih-alihkan. Biar kuih bertukar kecoklatan atau kekuningan dulu barulah kuih dialihkan.  Ini bagi mengelakkan kuih hancur dan menyerap minyak yang banyak.
3. Jika kuih ini ingin disejukbekukan, goreng separuh masak sahaja kuih ini lalu diangkat dan ditoskan minyaknya. Bila sejuk boleh disimpan kuih di tempat sejuk beku.
4. Gunakan keledek oren atau unggu bagi mendapatkan rasa manis kuih yang asli.
5. Jika menggunakan keledek berwarna oren, seeloknya keledek ini dikukus dan tidak direbus. ini kerana sifat ubi ini yang menyerap air. jika merebus, nanti perlu ditambah tepung yang banyak pada adunan.

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-