Sugee Halva (Kesari)





Bahan-
1/2 cawan tepung suji atau tepung semolina
1/2 cawan minyak sapi
3/4 cawan gajus (dipanggang sekejap dan dicincang kasar)
Sedikit kismis sultana
3 cawan air panas
1/2 cawan krim susu atau 1 cawan susu cair
1/2 cawan gula
5 biji buah pelaga
pewarna kunig 
esen nenas
secubit garam
serbuk badam
kekacang seperti pistachio, gajus, badam, walnut

Cara memasaknya-
1. Cairkan mentega atau minyak sapi.
2. Masukkan tepung semolina dan tuangkan susu cair, kemudian tambahkan dengan 1 tin air dan kacau rata.
3. Masak air gula secara berasingan.
4. Campurkan air gula ke dalam adunan semolina dan kacau rata.
5. Masukkan bahan-bahan lain dan tinggalkan sedikit kekacang untuk digunakan sebagai hiasan masakan.

Info berkaitan masakan-
Sugee atau suji halva, dikenali sebagai Alvaa oleh masyarakat Tamil.  Dikenali sebagai Kesari oleh masyarakat di India Selatan dan Karnataka.  Ia diperbuat dari bijirin semolina yang bertekstur kasar dari jenis gandum durum.  Gandum ini digunakan secara meluas dalam pembuatan pasta, bijirin sarapan pagi, puding dan kuskus.  Terdapat pelbagai variasi cara masakan antaranya ia diperbuat dari tepung semolina, gula atau madu, minyak sapi, mentega atau minyak sayuran.  Kismis, kurma, buahan kering, kekacang seperti badam, walnut sering diadun dalam masakan ini.

Rasa masakan ini agak manis. Halva atau halua seperti ini banyak dihasilkan di India, Afghanistan, Nepal, Bangladesh, Pakistan dan negara di sekitarnya seperti di Albania, Azerbaijan, Bulgaria, Cyprus, Greece, Montenegro, Macedonia dan Turki.  Kuih ini di INdia terdapat dalam pelbagai warna seperti oren, coklat, hijau dan krim yang kemudiannya dihiasi dengan kekacang seperti pistachio dan kacang gajus.

Rujukan-
1. https://778704346933485621.weebly.com/makanan-tradisional/suji-halwa
2. https://www.facebook.com/watch/?v=428608614242393

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-