Kari kepala ikan
Kari kepala ikan sedap dimasak dengan menggunakan ikan merah, siakap, kerapu, jenahak yang dihidangkan bersama sambal belacan dan nasi putih yang masih panas. Kicap manis juga menjadi pelengkap bagi hidangan ini. Bukan sahaja dijamah dengan nasi, kari kepala ikan juga sedap dimakan bersama lempeng, roti mamak, paratha atau roti canai. Bahan- 700gm kepala ikan merah (atau sebarang jenis ikan yang bersesuaian) Bahan untuk ditumbuk atau dihiris halus- 3 ulas bawang merah (kecil) 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/4 biji bawang besar Bawang untuk ditumis- 3 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil halba campur 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang sedikit daun kari (2-3 tangkai) Bahan selebihnya- 2 cawan santan cair 1 cawan santan pekat 1 paket rempah ikan (paket kecil) 1 sudu besar serbuk cili 1 biji cili dipotong 4 10 batang bendi 2 biji tomato sedikit air asam jawa garam dan gula secukup rasa 1 sudu besar halba campur Cara memasak- 1. Bancuh serbuk kari dan serbu...