Posts

Showing posts with the label Masakan Melayu (Utara)

Kari kepala ikan

Image
  Kari kepala ikan sedap dimasak dengan menggunakan ikan merah, siakap, kerapu, jenahak yang dihidangkan bersama sambal belacan dan nasi putih yang masih panas.  Kicap manis juga menjadi pelengkap bagi hidangan ini.  Bukan sahaja dijamah dengan nasi, kari kepala ikan juga sedap dimakan bersama lempeng, roti mamak, paratha atau roti canai. Bahan- 700gm kepala ikan merah (atau sebarang jenis ikan yang bersesuaian) Bahan untuk ditumbuk atau dihiris halus- 3 ulas bawang merah (kecil) 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/4 biji bawang besar Bawang untuk ditumis- 3 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil halba campur 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang sedikit daun kari (2-3 tangkai) Bahan selebihnya- 2 cawan santan cair 1 cawan santan pekat 1 paket rempah ikan (paket kecil) 1 sudu besar serbuk cili 1 biji cili dipotong 4 10 batang bendi 2 biji tomato sedikit air asam jawa garam dan gula secukup rasa 1 sudu besar halba campur Cara memasak- 1. Bancuh serbuk kari dan serbu...

Nasi Daging

Image
Nasi daging air asam merupakan makanan traditional dari utara Malaysia (Kedah dan Perlis).  Selalunya dihidangkan di hari perayaan atau ketika kenduri kendara.  Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, daging perlu direbus lama (anggaran 2-3 jam).   Saya bukannya rajin sangat nak ke dapur buat makanan yang sedap2 camnie.   Malahan nasi daging nie tak pernah saya buat sebelum nie.  Tapi bila makan nasi nie di sebuah majlis kenduri kahwin kenalan.  Hati terus memikir "balik karang nak cari resepilah, nak try buat kat rumah pula".  Konon.... Bila dah kenyang, sampai rumah.... angan tadi ke laut.  Kebetulan raya kali nie, mama tak sihat.  So terpaksalah merajinkan diri ke dapur.  Tengok kat dapur banyak daging dari ayam.  Hi..hi.. sebabnya papa saya alah makan ayam.  Terus jem kepala.   Kalau ayam tu senang sikit nak dijadikan menu utama.  Macam2 resepi boleh buat; paling malaspun boleh buat nas...

Sambal telur

Image
Sambal telur Bahan: beberapa biji telur yang direbus 1 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 1 ketul halia dihiris halus bebrapa sudu makan cili kisar sedikit garam dan gula. Cara memasak: 1.  Kisar semua bahan, tumis sehingga naik bau. 2.  Masukkan cili dan serbuk perasa, masak hingga pecah minyak. 3.  Masukkan telur (yg telah digoreng terlebih dahulu), kacau sebati dan angkat.

Dalca (dhal)

Image
Dalca daging Bahan –             1   kg   Daging/ tulang             150gm   Kacang dal (rendam hingga kembang)             15gm  h alia (Hiris)             6 ulas   Bawang putih (hiris)             2   labu   Bawang besar   (hiris)             2   biji   Cili merah   (belah 2)             1 biji   Cili hijau   (belah 2)             1   camb.  s erbuk kunyit             1   pkt.   Rempah kari...

Serunding daging

Image
Nak raya je mesti nak cari serunding.  Nak serunding je mesti nak tunggu raya.  Apa hari lain tak boleh pekena serunding ke?  Bagi teman, bukan salah makan serunding selain dari hari raya tapi cara pembuatannya yang rumit sedikit membuatkan ia lebih sesuai untuk hari raya.  Untuk anda yang hantu serunding, ini ada resepi untuk kita kongsikan bersama. Bahan: 1 kg  daging batang pinang (direbus dan diambil airnya) 1 1/2 biji kelapa 10 gm  jintan manis (digoreng tanpa minyak) Bahan Kisar: 500 gm  bawang merah 15 tangkai cili kering 10 ulas bawang putih 2 cm lengkuas 5 batang serai 1 cm  halia gula secukup rasa Cara membuatnya: 1.  Rebus daging sehingga empuk, bila sejuk carik-carikkan isinya hingga halus. 2.  Ambil air rebusan daging dan gunakan untuk memerah santan pati sebanyak 3 cawan. 3.  Masak pati santan bersama bahan kisar dengan api sederhana hingga kuahnya menjadi sedikit      ...

Masak Lemak Rebung dan perut

Ada sesapa yang suka makan perut?  Ganas tul soalan nie.  Minggu depan salah satu menu masakan yang para pelajar saya kena masak adalah menu yang berasaskan perut.  Bukan perut sesapa tapi perut yang adoooo.....  Ish! takyah duk membayang perut-perut yang seksi-meksi atau yang gedut terlebih sudah tu.  Nie perut lembu, tak kena cara prosesnya; habis hanyirlah satu kawah masakan.  Sayapun sebenarnya tak suka memasak makanan berasaskan perut nie, sebab tak tahan dengan bau dan terasa agak geli nak memotongnya.  Tapi bab makan, laju jerrrrr.......  Ok! apapun cubalah masakan nie, yang resepinya saya perolehi dari laman web sesapa ntah. MASAK LEMAK REBUNG BERSAMA PERUT Bahan-bahannya: 1      perdu  rebung segar (dicincang halus dan direbus) 1/2   kilo     perut lembu (dihiris nipis dan 3 inci panjang-direbus hingga masak) santan dari 1 biji kelapa asam keping garam secukupnya se...