Nasi Daging


Nasi daging air asam merupakan makanan traditional dari utara Malaysia (Kedah dan Perlis).  Selalunya dihidangkan di hari perayaan atau ketika kenduri kendara.  Jika menggunakan bahagian daging yang banyak urat, daging perlu direbus lama (anggaran 2-3 jam).  Saya bukannya rajin sangat nak ke dapur buat makanan yang sedap2 camnie.  

Malahan nasi daging nie tak pernah saya buat sebelum nie.  Tapi bila makan nasi nie di sebuah majlis kenduri kahwin kenalan.  Hati terus memikir "balik karang nak cari resepilah, nak try buat kat rumah pula".  Konon.... Bila dah kenyang, sampai rumah.... angan tadi ke laut.  Kebetulan raya kali nie, mama tak sihat.  So terpaksalah merajinkan diri ke dapur.  Tengok kat dapur banyak daging dari ayam.  Hi..hi.. sebabnya papa saya alah makan ayam.  Terus jem kepala.  

Kalau ayam tu senang sikit nak dijadikan menu utama.  Macam2 resepi boleh buat; paling malaspun boleh buat nasi ayam.  Ha!  dapat idea, guna method nasi ayam saya buat nasi daging.  Ramuan guna je apa yang ada kat dapur tu.  Rumah sendiri senang nak godek, rumah org tua.  guna je apa yang tersedia.  Nak ke kedai dah terasa malaslah pula, bila dah berpakaian bibik nie.  Suspen cause first time buat, tapi tengok anak makan bertambah, mama dan papa pun makan bertambah.  Mama pula asyik sibuk tanya sapa yang masak.  So; terbuktilah kut air tangan masakan saya tu sedapppp.  Perasannya..... Ok! pada yang ingin mencuba saya sharekan resepi untuk membuat nasi daging ini.  Cuba ya....

Nie version resepi kalau nak hasil nasi daging nie cantik.

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan beras basmathi (rendam 30 minit dan tos)
  • 500 gram daging, potong kiub besar anggaran 3"x4"
  • 5 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan sudu cair
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • 2 1/2 sudu besar rempah kurma
  • 1 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 -2 sudu besar minyak sayuran
  • 1/4 cawan tomato puri
  • Sedikit kismis hitam
 Bahan untuk rebusan daging:
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 2 inci halia, hiris nipis
  • Air anggaran sehingga daging tersebut terendam kesemuanya.
 Bahan untuk ditumis:
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 5 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 6 biji buah pelaga
 Bahan untuk air asam:
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 biji tomato, potong kecil
  • 6 biji cili merah, potong kecil
  • 1 inci belacan, dibakar di atas api
  • 1 mangkuk kecil air perahan asam jawa yang pekat
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 3 sudu besar gula
  • 1-2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar kerisik
  • Sedikit perahan jus limau nipis
Cara untuk memasak:
  1. Rebus daging bersama air, halia dan rempah kurma sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak sayuran di dalam periuk. 
  3. Tumis bahan tumis bersama 3 sudu besar serbuk kurma, serai dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau dan kemudian masukkan beras yang telah ditos. Kacau lagi beras selama 1-2 minit.
  4. Masukkan air rebusan daging bersama susu cair, tomato sup, kismis, daging yang direbus tadi dan juga garam secukup rasa. Kacau sedikit supaya sebati dan tutup. Masak di atas api sederhana.
 Cara untuk membuat air asam:
  1. Gaulkan kesemua bahan air asam. Biarkan seketika supaya semua bahan air asam sebati.

Nie pula version campuran kekacang dalam nasi daging.

Bahan-bahan untuk Nasi Daging ( hidangan 5-6 orang)
4 cawan beras basmati
1 kilo daging segar ( direbus)
1 liter air rebusan daging
150 gram minyak ghee
100 gram rempah giling ramuan khas nasi daging
250 cc  (1 tin) susu cair
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
5 cm halia
20 gram rempah tumis
100 gram kacang gajus
100 gram kacang badam
100 gram kismis besar
3 helai daun pandan

 Cara memasak
-  Cairkan minyak ghee dalam periuk nasi atas api dapur yang sederhana.
-  Tumis remah tumisan hingga wangi. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris. -  Masukkan rempah giling ramuan khas nasi daging, tumis sehingga masak.
-  Masukkan daging rebus. Biarkan atas api sederhana selama lima minit.
-  Masukkan beras basmati yang sudah dicuci dan ditoskan. Balik-balikkan beras bergaul dengan
   rempah dan daging.
-  Masukkan susu cair dan air rebusan daging.
-  Masukkan daun pandan yang dipintal. Selepas air kering, masukkan semua kacang dan kismis.
 
 Air Asam untuk cicah
Bahan-bahan
2 biji tomato saiz sederhana
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji limau nipis saiz sederhana
50 gram belacan bakar
Sedikit garam
Sedikit hirisan daun kesom
150 cc air suam


Cara menyediakan
Hiris halus semua bahan di atas. Gaulkan bersama air suam. Picitkan limau nipis sebelum dihidang.

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-