Posts

Showing posts with the label dessert-baking (Malay)

Kuih Bakar pandan

Image
Dikenali juga sebagai Bahulu kemboja, Penganan, bingka pandan, kuih bakar bijan atau kuih bakar (Trengganu).   Kuih bakar mempunyai kepelbagaian versi dan versi yang agak sinonim dalam masakan kuih muih Melayu adalah kuih bakar pandan.  Kuih bakar pandan mempunyai peminat yang tersendiri kerana keistimewaannya terletak pada haruman bau masakan yang datangnya dari pes daun pandan.  Bila atau semasa dibakar, bau pandan teradun semerbak wangi bersama lemak santan.   Sedap kuih ini juga disebabkan oleh rasa lemak manis dan telur yang diguna pakai didalam adunan masakan kuih bakar ini. Kuih bakar pandan dikenali juga dengan nama kuih bakar kemboja.  Kuih bakar pandan yang sempurna pembuatannya perlu memiliki kerak atas yang berkaramel, berwarna coklat garing, berbau wangi dan mempunyai taburan bijan yang disangai serta menggunakan air daun pandan yang asli. Bahan-bahan- 5 helai daun pandan (dicampurkan dengan 1 cawan atau 250ml air dan dikisar halus dan di...