Kuih Bakar pandan
Dikenali juga sebagai Bahulu kemboja, Penganan, bingka pandan, kuih bakar bijan atau kuih bakar (Trengganu). Kuih bakar mempunyai kepelbagaian versi dan versi yang agak sinonim dalam masakan kuih muih Melayu adalah kuih bakar pandan. Kuih bakar pandan mempunyai peminat yang tersendiri kerana keistimewaannya terletak pada haruman bau masakan yang datangnya dari pes daun pandan. Bila atau semasa dibakar, bau pandan teradun semerbak wangi bersama lemak santan. Sedap kuih ini juga disebabkan oleh rasa lemak manis dan telur yang diguna pakai didalam adunan masakan kuih bakar ini.
Kuih bakar pandan dikenali juga dengan nama kuih bakar kemboja. Kuih bakar pandan yang sempurna pembuatannya perlu memiliki kerak atas yang berkaramel, berwarna coklat garing, berbau wangi dan mempunyai taburan bijan yang disangai serta menggunakan air daun pandan yang asli.
Bahan-bahan-
5 helai daun pandan (dicampurkan dengan 1 cawan atau 250ml air dan dikisar halus dan ditapis)
2 cawan tepung gandum (bersamaan 250gm tepung gandum)
1 cawan gula putih (bersamaan 200gm gula putih)
1/2 sudu kecil garam
2 1/4 cawan santan (bersamaan 563ml santan)
3-5 biji telur
2 sudu besar marjerin
sedikit pewarna hijau
sedikit minyak
bijan secukupnya (disangai)
Cara memasak-
1. Panaskan oven pada suhu 170 celcius dengan api atas bawah.
2. Masukkan tepung gandum berserta semua bahan lain ke dalam blender. Kisar halus dan tapis. Atau masukkan bahan-bahan kering terlebih dahulu ke dalam satu bekas, kemudian perlahan-lahan masukkan bahan bersifat cecair satu persatu sambil dikacau sebati. Kemudian tapis adunan ini.
4. Ambil acuan bunga kemboja, tuang sedikit minyak dalam acuan dan panaskan acuan ini.
5. Setelah minyak panas, tabur bijan dan biarkan bijan bertukar menjadi sedikit perang.
6. Tuang adunan sehingga hampir 3/4 penuh acuan. Tabur lebihan bijan diatas permukaan adunan sebelum dibakar.
7. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga permukaan kuih bakar menjadi keperangan.
8. Cucuk dengan lidi, kalau lidi bersih bila ditarik maksudnya kuih dan masak.
9. Sejukkan sebelum dipotong.
Info tambahan-
1. Pada 10 minit terakhir, kuatkan oven kepada suhu 190 Celcius supaya permukaan kuih cepat menjadi perang dan sedikit garing.
Versi lain cara pembuatan Kuih bakar-
Bahan:
5 biji telur ayam (gred A)
600 ml santan (kalau guna santan kotak = 200ml santan kotak + 400ml air)
250 ml jus pandan (daun pandan dikisar bersama sedikit air)
2 camb. mentega, cair dan sejukkan
1/2 camt. garam
1/4 camt. pewarna hijau makanan
Bijan secukupnya
1 cawan gula pasir
sedikit minyak atau ghee (untuk disapu pada bekas dan mewangikan kuih)
Cara membuatnya:
Lapik bekas acuan dengan aluminium foil (lebihkan bahagian tepinya supaya mudah untuk mengangkat keluar adunan), Sapukan mentega dipermukaan dalam acuan tadi. Masukkan semua bahan lain, kacau sebati, Campurkan garam dan mentega cair, Kacau rata dan tapis adunan tadi.
Panaskan oven danmasukkan acuan ke dalam oven, bila acuan telah panas keluarkan dan tuangkan adunan ke dalam acuan tadi. Bakas dalam10 - 15 minit keluarkan dan tabor bijan di atas permukaan adunan dan kemudian bakas semula adunan. Bakar sehingga 40 - 50 minit atau sehingga masak dan permukaan kuih perang. Keluarkan dari oven, sejukkan dahulu sebelum dipotong.
Rujukan-
https://www.resepichenom.com/resepi/kuih-bakar-pandan-lembut-dan-sedap
Comments