Muar Chee
Muar Chee Atau lebih dikenali dengan Muah Chee amat diminati oleh kaum cina. Boleh diperolehi di pasar-pasar awam yang ada gerai makan cina atau dimana-mana saja gerai cina. Mungkin mudah diperolehi sebab cara pembuatannya yang sangat mudah dan menggunakan bahan yang sangat sikit dan ringkas. Bahan: 200gm tepung pulut 225gm air 1camb. minyak masak (atau boleh guna minyak gorengan bawang untuk mendapatkan bau yang wangi) 1 camb. gula 1 camb tepung jagung sedikit garam Hiasan- Kacang tumbuk dan gula seccukupnya Cara memasaknya- Campurkan sahaja semua bahan. Sebatikan dan kemudian kukus dengan api kuat selama 15 minit. Sejukkan sebentar dan kemudian potong-potongkan (nak mudah gunakan sudu) dan digaulkan dengan kacang tumbuk dan gula. Untuk me mastikan masakan ini sedap, pastikan kacang tumbuk tidak berbau tengit (selalu kalau beli siap, kadang-kadang akan ada bau tengit ini pada kacang tanah). Nak sedap lagi bole...