Vadai
BAHAN-BAHANNYA :
250 gram kacang dhal (cuci dan rendam 4 jam)
1 biji bawang besar, (dadu kecil)
1 camca teh jintan manis
2 tangkai cili kering, (gunting kecil2)
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
cili hijau
CARA MEMBUATNYA :
1. Toskan
kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga halus, sebahagian dikisar separa hancur,Tuang ke dalam bekas.
2. Jika mengisar Kacang dhall dengan menggunaakan pengisar biasa, boleh tambahkan sedikit air. Selepas itu kacang dhall yang dikisar ini ditapis bagi mengeluarkan air yang digunakan tadi. Gunakan air dari kisaran ini untuk mengisar kacang dhall yang selebihnya.
3. Masukkan
jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari ke dalam bekas berisi kacang dhall yang telah dikisar tadi. Gaul rata dan tambah garam dan ajinamoto secukup rasa.
Biar sekejap.
4. Ambil sehelai plastik
bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca
besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang
yang telah dialas plastik
dan juga disapu sedikit minyak.
5. Goreng dalam minyak sederhana
panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Jika suka, boleh juga
masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi menambah aroma.
Tip-
1. Boleh tambahkan sedikit tepung gandum bagi mengelakkan adunan hancur ketika menggoreng.
2. Bagi menghasilkan tekstur kuih yang ranggup, ketepikan sedikit kacang dhal (tidak dihancurkan) dan masukkan bersama adunan lain kemudiannya.
3. Vadai sedap dimakan panas bersama chutney atau sambal hijau.
4. Terdapat resepi yang mencampurkan sedikit halia yang dikisar ke dalam adunan.
5. Agar ketika mengoreng adunan tidak hancur pastikan air ditapis hingga tiada. Ini kerana kandungan air boleh menyebabkan kuih hancur ketika menggoreng.
Info-
Rakyat Malaysia cukup menggemari vadai sebagai kudapan pada waktu petang. Vadai dikenali juga sebagai masalodeh atau masala vadai. Makanan tradisional India ini terdapat dua jenis iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai. Paruppu vadai dihasilkan daripada kacang dhal, hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah.
Sementara itu, ulunthu vadai pula diperbuat daripada urad dhal/kacang ulunthu dan berbentuk seperti donat.
Sumber rujukan-
1. https://ecentral.my/makanan-tradisional-india/
2. Aneka resepi kuih muih.
https://www.facebook.com/Aneka886
3. Sumarni Sulaeman
https://www.facebook.com/search/top?q=resepi%20vadai%20rangup


Comments