Sambal belacan
Bahan-
6 biji limau kasturi (dibuang biji)
50gm belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah
1 biji cili hijau
segenggam cili padi
100ml air asam jawa pekat
garam dan gula secukup rasa
Cara penghasilan sambal belacan-
1. Satukan semua jenis cili dan belacan dan mulakan menumbuk.
2. Bahan-bahan tadi dimasukkan sedkit demi sedikit, tumbuk sehingga sambal menjadi separuh hancur.
3. Tambahkan bahan selebihnya dan perasakan sebelum diangkat.
4. Jika menggunakan pengisar, masukkan sahaja semua bahan dan kisar separa lumat.
Nota tambahan-
1. Bakar belacan sekejap supaya sambal menjadi lebih beraroma.
2. Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam agar sambal belacan tahan lama.
3. Penggunaan limau kasturi yang dikisar besama kulit (buang biji) akan membuatkan sambal lebih wangi dan sedap.
4. Semasa mengisar, atau menumbuk gunakan beberapa cili padi yang masih bertangkai (ini merupakan petua bagi mengelakkan sakit perut).
Rujukan-
1. rasa.my. petua buat sambal belacan
1. rasa.my. petua buat sambal belacan
Comments