Ikan rebus Kelantan
Ikan rebus Kelantan /Thailand
Masakan ini mirip seperti masakan ikan lengat dikebanyakkan negeri yang terdapat di Malaysia. Cuma bezanya berdasarkan bahan-bahan yang digunapakai untuk memasaknya. Bahan-bahan yang digunapakai dalam masakan ini menyebabkan dari proses penyediaannya sahaja boleh membuatkan kita teruja untuk menikmatinya. Ini kerana ketika merebus ikan ini bau bahan-bahan yang digunapakai sangat mengamit deria lapar, wangi dari daun limau purut dan gula kabung mengapung sudut dapur. Istimewanya lagi setelah siap direbus, ikan ini boleh dimakan begitu saja sebagai lauk pelengkap nasi, ataupun boleh digoreng terlebih dahulu. Manakala ikan rebusan yang lain, yang masih tersisa boleh disimpan dalam peti sejuk untuk digunapakai pada hari-hari seterusnya.Bahan-
15 ekor ikan kembung (atau sebarang jenis ikan yang tidak bersisik)
2 ketul gula melaka
6 batang serai
1-2 camb garam secukupnya
6 ulas bawang putih
segenggam asam keping
15 helai daun limau purut
Cara memasaknya-
Susun ikan berselang-seli dengan bahan lain, letak air separas ikan tersebut dan rebus dengan api yang kecil. Bila ikan telah masak, rasa dulu kuahnya, kalau manis atau masin sangat tambahkan lagi air, dan masak sebentar. Bila mengoreng, jaqngan menggunakan api yang kuat kerana nanti ikan ini akan meletup-letup minyaknya. Penyimpanan yang lama ikan ini dalam peti sejuk akan menyebabkan ikan ini menjadi bertambah sedap.
Mengikut cerita kawan, masakan ikan ini sedap dimakan bersama ikan singgang dan budu. Atau dimakan bersama sambal belacan dan sayur masak lemak. Ikan yang paling sedap dibuat untuk masakan ini adalah ikan tongkol.
Comments