Telur mata goreng cili padi
Telur mata goreng cili padi-
Bahan-
Beberapa biji telur
6 biji cili padi
1 biji bawang merah
Sedikit lada hitam, bahan perasa, dan garam
Cara memasak-
Goreng telur mata separuh masak, ketepikan. Bawang dan cili padi ditumbuk kasar. Panaskan minyak sedikit dengan api yang sederhana. Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan bahan tambahan jika suka seperti ubi kentang, lobak merah dan kacang panjang. Masak sehingga sayuran yang dimasukkan masak sehingga sempurna. Masukkan telur, dan sebatikan dengan bahan-bahan lain. Siap.
Comments