Pengat Pisang

 

Pengat pisang atau dikenali juga sebagai serawa pisang dijamah ketika minum petang atau boleh juga dihidangkan ketika kenduri kendara.  Penggunaan jenis pisang juga tidak terhad kepada sejenis pisang tertentu sahaja.  Pengat pisang yang menggunakan pisang tanduk sebagai bahan utama akan menghasilkan rasa sedap, lemak masin dan masam yang datang dari pisang tanduk tersebut.  Penggunaan pisang lain seperti pisang nangka, pisang abu atau pisang berangan juga boleh bagi menghasilkan pengat pisang ini.

Bahan-
3-4 biji pisang tanduk
2 mangkuk santan pekat
2 mangkuk santan cair
   (atau boleh digantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air)
1/2 cawan sagu (dibersihkan)
2-3 keping nisan/ gula melaka
1/3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
garam secukup rasa

Cara memasak-
1. Buang kulit pisang dan hiris setebal 1-2 cm.
2. Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam.
3. Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk.
4. Masukkan sagu, gula, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang sederhana dan masak.
    Bila sagu kelihatan separa kembang dan masak, baru masukkan pisang.
5. Pastikan pengat sentiasa dikacau supaya santan tidak bertukar menjadi berketul-ketul.
6. Masukkan santan pekat dan biarkan seketika.
7. Tutup api bila sagu telah masak dengna sempurna dan kuah pengat menjadi pekat.

Nota tambahan-
Hidangan akan menjadi lebih sedap jika menggunakan santan segar, walaubagaimanapun penggunaan santan kotak juga boleh menghasilkan pengat pisang.  Bagi menghasilkan pisang yang tidak terlalu hancur, pisang setelah dipotong perlu direndam seketika dengan air kapur supaya isinya kenyal bila dimasak.

Pengat pisang dirujuk sebagai satu jenis hidangan berkuah manis yang menggunakan pisang sebagai bahan utama.  Hidangan ini agak terkenal terutamanya di Pantai Timur, Kelantan dan Trengganu dan juga negeri Kedah.

Pengat pisang boleh dimakan bersama pulut, biskut kering ataupun roti putih.

Rujukan-
1. https://resepichenom.com
2. https://www.rasa.my
3. https://ms.wikipedia.org
4. https://my.theasianparent.com

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh