Lempeng Kelapa
Gambar diambil dari sumber Munch Malaysia
Lempeng Kelapa-
Lempeng kelapa dikenali juga dengan panggilan peknga di negeri2 sebelah utara seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinanag. Lempeng kelapa merupakan sejenis hidangan traditional Melayu yang sangat mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan bahan yang banyak untuk menyediakannya. Ia sering dihidangkan sebagai sarapan atau sekadar untuk hidangan minum petang. Tekstur hidangan ini, garing, lembut, rasa lemak dan lembap dari gabungan kelapa di dalam adunan.
Bahan-
2 cawan tepung gandum
11/2 cawan kelapa parut (putih sahaja)
Sedikit gula dan garam
Sedikit santan (1/4 cawan)
Daun pisang (dilayur terlebih dahulu)
Air secukupnya (boleh gunakan air kelapa atau santan cair)
Cara memasak-
1. Campurkan kesemua bahan, sebatikan dan pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
2. Letakkan sedikit minyak diatas daun pisang, kemudian letak daun pisang tersebut di atas kuali.
3. Pastikan kuali dipanaskan dengan suhu sederhana sahaja.
4. Tuang sesenduk adunan ke atas daun pisang dan rata-ratakan adunan.
5. Bila nampak adunan mula masak, terbalikkan dan buat sehingga adunan kelihatan garing sedikit di kedua-dua belah lempeng itu.
Nota-
1. Hidangan ini sedap jika dimakan bersama sambal ikan bilis, sambal sardin atau kari ikan kembung
atau kari daging.
2. Hidangan ini juga boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan gula atau pun susu pekat manis.
Rujukan-
1. https://munchmalaysia.com/traditional-food/lempeng-kelapa-the-quintessential-malaysian-pancake/
2. Resepi peribadi penulis.
3. https://www.rasa.my/cara-buat-lempeng-kelapa-yang-lembut-sedap/
4. https://resepichenom.com/resepi/lempeng-kelapa-dan-kari-ikan-kembung-utara
Comments