Sago Mangga Bersantan
Saya suka dessert melayu yang telah dimodenkan nie. Sebabnya ia tak nampak seperti "makanan dulu-dulu". Kelihatannya seperti sejenis dessert yang baru dicipta. Padahal idea membuatnya berasaskan kuih sago sebenarnya. Amacam? cam boleh layan tak?
Seperti yang dapat dilihat, dilapisan bawah adalah sago yang telah dimasak dan diadunkan bersama sedikit pewarna hijau (atau kalau dah malas sesangat beli atau masak aje guna sago hijau) dan sedikit santan ( nie pun boleh ditukarkan dengan fresh milk) untuk menampakkan kelainan dan attraction untuk kita ngap dessert nie.
sementara di atasnya pula adalah buah mangga (kalau dapat guna mangga harumanis lagi sodap) yang di kisar halus dan mangga yang dipotong dadu. Supaya time kita makan tu, akan terasa kenikmatannya.
Okay, tanpa mahu membuang masa (saya tengah bergelut menyiapkan study saya sebenarnya). saya kongsikan bersama anda semua cara membuatnya.
Bahan-bahannya -
3/4 cawan sago (atau sago hijau)
1 cawan air
100 gm gula
sedikit esen vanilla
60 ml santan (atau boleh digantikan dengan susu segar)
1 tsp serbuk gelatin (kalau takde agar-agar serbuk pun bolehlah...)
sedikit garam
1 biji mangga (dipotong dadu)
1 biji mangga (dikisar)
sedikit isi kelapa (yang di panaskan atas api sehingga kekuninggan)
Cara membuatnya -
1. Mulakan dengan memanaskan air dan gula sehingga gula hancur.
2. Bila gula hancur, tutupkan api dan tunag gula tadi ke dalam santan dan adun sebati.
3. dalam bekas yang berasingan cairkan gelatin bersama sedikit air, bila telah cair campurkan adunan gelatin
ini ke dalam adunan santan tadi.
4. Untuk sago, panaskan air sehingga mendidih kemudian baru masukkan sago. Kacau selalu sehingga sago
bertukar menjadi jernih.
5. Tapis sago dengan dengan air biasa sehingga kanjinya tiada dan kemudian masukkan ke dalam campuran
santan tadi.
6. Masukkan adunan sago ini ke dalam bekas yang bersesuaian dan sejukkan.
7. Masukkan mangga yang telah dipotong dadu ke atas adunan sago yang telah mula mengeras.
8. Tuangkan mangga kisar di atasnya dan kelapa kering ditabur sedikit di atasnya.
9. Sejukkan dahulu sebelum dimakan.
Comments