Manuk Pansoh

Manuk Pansoh

Bahan-bahan-
1 ruas buluh lemang
1/2 ekor ayam (dipotong ketulan kecil)
1/2 cawan air
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2-3 kuntum bunga kantan
3cm halia
3 batang serai
2-3 biji cili merah (jika suka)
secekak pucuk ubi (diramas)
sedikit daun kesum
3cm lengkuas
1 tangkai batang tepus

Cara memasak-
1. Sediakan bara api seperti bara untuk membakar lemang.
2. Bersihkan buluh terlebih dahulu dan rendam buluh untuk memudahkan proses memasak.
3. Bawang ditumbuk lumat dan bahan lain dipotong halus.
4. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan bahan yang lain.  Ayam perlu diperap selama 1-2 jam sebelum dimasak.
5. Masukkan ayam ke dalam buluh, jangan hentak buluh tersebut dan masukkan sedikit air.
6. Tutup bahagian atas buluh dengan pucuk ubi, bakar buluh dalam masa 1/2 jam.
7.  Biarkan sehingga asap didihan keluar dari penutup buluh.
8. Siap untuk dihidangkan.


Nota-
  Ayam pansoh (manok pansuh) merupakan masakan yang digemari di kalangan rakyat di Sarawak dan Kalimantan Barat, Indonesia.  Manuk pansoh bermaksud "ayam yang dimasak dalam buluh".  Disebabkan menggunakan buluh, bahan perasa tidak digunakan di dalam masakan ini kerana buluh itu sendiri akan menghasilkan aroma yang enak pada masakan itu.

Ayam pansuh merupakan hidangan yang disediakan secara traditional dimana ayam di masak di dalam buluh dan dipenuhi dengan air (kemudiannya menjadi sup), diletakkkan bahan perasa dan ditutup dengan daun ubi kayu (yang menjadi sebahagian daripada masakan ini).  Hidangan ini selalunya menggunakan ayam tua atau ayam pencen untuk dimasak.  Pilihan lain adalah dengan menggunakan ayam pencen, ini kerana gabungan ayam pencen bersama bahan-bahan lain akan menghasilkan satu hidangan yang enak.

   Setelah semua bahan dimasukkan ke dalam buluh, daun ubi kayu akan digunakan untuk menutup rapi bahagian atas buluh.  Buluh kemudiannya akan dimasak dengan menggunakan bara api seperti membakar lemang.  Ramuan ini dimasak sehingga bahagian atas lemang kelihatan mengelegak dan mengeluarkan aroma yang sedap. Kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak sentiasa menyediakan hidangan ini pada hari perayaan, terutama perayaan Gawai dayak (perayaan untuk akhir penuaian).  

   Manuk pansuh yang telah sedia dimasak enak dimakan dengan nasi panas.  Jika tiada buluh, ayam boleh juga dimasak dengan menggunakan periuk.


Rujukan-
1. ms.m.wikepedia.org/wiki/Ayam_pansuh
2. utusanSarawak.com.my/?p=3386
3. mykmu.net/2021/07/25/resepi-ayam-pansuh-sarawak-juicy/
4. maggi.my/ms/resipi/ayam-pansuh-sarawak/
5. sites.google.com/view/beritadimensi/urban/ayam-pansuh-keunikan-makanan-tradisi

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-