Kuih Panjaram

 Kuih Panjaram

Bahan-bahan-
2 cawan tepung beras (cap 3 gajah)
2 cawan tepung gandum (cap ros)
1 cawan gula merah (hancur)
1 cawan gula putih (boleh kurangkan kepada 3/4 cawan saja)
2 - 21/2 cawan air (ikut kesesuaian)
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
minyak untuk menggoreng 
100ml santan

Cara memasak-
1. Masak gula merah dan gula putih dengan air hingga gula larut.  Boleh letakkan daun pandan untuk mewangikan masakan.
2. Satukan tepung gandum dan tepung beras serta garam.
3. Tuang air gula merah sedikit demi sedikit dan sebatikan adunan.
4. Adunan perlu tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
5. Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur yang halus.  Pukul adunan sehingga berbuih menggunakan "whisk".
6. Tutup adunan dan perap 4 jam pada suhu bilik.  Untuk lebih cantik perap adunan semalaman.  Boleh perap di dalam peti sejuk.
7. Panaskan minyak (sedikit) dalam kuali dengan api yang perlahan.
8. tuang adunan perlahan-lahan dan biarkan ia maasak dan membentuk seperti sarang semut sehingga habis barulah dialihkan.
9. Bila kuih telah masak kedua-dua bahagian baru diangkat dan ditoskan.


Resepi kuih Penjaram tanpa peram-
1 cawan gula nipah (gula apong)
1 cawan tepung beras (tak kira jenis apapun)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
minyak untuk mengoreng

Cara memasak-
1. Satukan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan.
2. Goreng dengan minyak yang sedikit dan api yang perlahan

Nota-
   Dikenali juga dengan nama kuih Penjaram, penyaram, pinjaram, cucur jawa, cucoq jawa, cucur gula merah atau cucur gula melaka.  Sejenis kuih traditional di negeri Kedah, sabah dan Brunei.  Semasa menggoreng, jika kuih menjadi serat-serat bermakna adunan yang dihasilkan adalah cantik.  Kuih yang cantik adalah berbentuk seperti ropol topi, ringan dan ranggup dibahagian tepi dan lembut di dalam.

   Ada versi kuih ini yang menggunakan air daun pandan, dan kuih akan berwarna hijau.  Mengikut cerita orang tua-tua kuih ini selalu dihidangkan jika berlaku kematian di Sarawak.  Mengikut resepi asal tepung beras yang digunakan terhasil dari beras yang ditumbuk menjadi tepung dan dikenali dengan nama Panjaram Samarinda.  Masyarakat Kota Belud, Sabah suka makan kuih ini bersama kopi O panas.  Petua lama ada menyebut tidak boleh bercakap ketika proses membuat kuih ini nanti akan menghasilkan kuih yang tidak cantik.

   
Rujukan-
1. rasa.my/sangat-sedap-resepi-kuih-penjaram-guna-sukatan-cawan/
2. dailymakan.com/ini-cara-untuk-menyediakan-penjaram/55181/
3. myresepi.com/resepi-kuih-penyaram/
4. sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/ada-syarat-khusus-buat-kuih-penjaram-jom-cuba

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-