Umai
Bahan:
500gm udang sederhana besar (dibuang kulit, dicuci & dipotong kecil)
1 biji bawang besar
3 biji cili api
1 camb. kacang tanah (yg telah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
1 camb. cuka makan
5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Sedikit garam dan gula
Bahan utk ditumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
1 biji cili merah
Bahan hiasan:
Daun kunyit, daun sup dan hirisan serai
Cara memasaknya:
1. Perapkan udang dgn. perahan limau dan garam sekejap sehingga udang bertukar warna.
2. Masukkan bahan yg telah ditumbuk dan bahan yg lainnya ke dalam bekas perapan udang, gaul sebati.
3. Perapkan di dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum dimakan bersama nasi panas.
Umai Ikan tenggiri bersama mangga muda-
Bahan-bahan-
2 keping ikan tenggiri
1 biji mangga muda (dicincang halus)
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili padi (hiris)
5 biji limau nipis
sos sotong
gula
1 biji tomato (potong dadu)
Cara memasak-
1. Ambil isi ikan (cincang) dan perah air limau nipis pada isi ikan ini, ketepikan selama 10 minit sehingga isi ikan bertukar putih.
2. Kemudian masukkan mangga, dan bahan-bahan lain. gaul sebati.
3. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan
Umai Sotong
Bahan-bahan-
6 ekor sotong (saiz kecil)
1/2 biji bawang holland (dihiris)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji cili merah (dihiris)
1 inci halia (ditumbuk lumat)
7 biji cili api (ditumbuk lumat)
4-5 sudu besar perahan limau kasturi
1 biji limau nipis (perah ambil jus)
2 sudu makan sos ikan (Nampla)
3 sudu makan gula atau secukup rasa
sedikit daun sup (dihiris)
sedikit hirisan kulit limau
Cara memasak-
1. Sotong dipotong dan dibersihkan dan toskan air sotong dahulu.
2. didalam bekas satukan semua bahan dan sebatikan.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.
Umai Obor-obor-
Bahan-bahan-
Segenggam obor-obor
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah (boleh ditambah atau dikurangkan cili)
5-6 biji limau kasturi
1 biji bawang holland
Cara memasak-
1. Rendamkan obor-obor bagi menggurangkan rasa masin selama beberapa jam.
2. Toskan obor-obor dan hiris nipis-nipis.
3. Tumbuk cili dan bawang putih dan campurkan dengan bahan-bahan lain.
4. Gaul rata dan perasakan, boleh ditaburkan dengan kacang goreng tumbuk untuk memberi lebih rasa kepada hidangan ini
Nota-
Perkataan "Umai" didalam bahasa Melanau membawa maksud "makanan untuk alas perut". Umai ialah hidangan traditional asli orang Melanau di Sarawak yang biasanya dimakan oleh para nelayan sebagai pengalas perut ketika dilautan. Secara asasnya dahulu umai terhasil dari isi ikan segar dan bahan semulajadi yang mudah diperolehi iaitu asam paya dan umai ini dimakan bersama sagu.
Mengikut peredaran masa, menu ini diolah dengan campuran bahan-bahan lain. Oleh kerana umai amat mudah untuk disediakan, nelayan biasanya hanya berbekalkan bawang,cili, limau, garam dan MSG (serbuk perasa) sahaja ketika ke laut. Ikan akan diambil dari hasil tangkapan para nelayan ini untuk dijadikan umai. Umai yang sedap perlu dihasilkan dari hasil tangkapan laut yang segar. Bahagian Mukah, Sarawak sangat terkenal dengan hidangan Umai ini.
Terdapat berbagai jenis umai yang boleh dihasilkan seperti Umai Ikan Pirang, Umai Obor-obor, Umai Udang, Umai Bubok (Udang Kecil), Umai Ikan Yu dan pelbagai jenis ikan lagi. Ikan lain yang digunakan untuk membuat umai ini termasuklah jenis ikan empirang, tenggiri dan bawal (ikan yang tidak berbau hanyir). Selain itu Umai boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu Umai campur dan Umai Cicah. Umai campur terdiri daripada ikan/udang/obor-obor yang digaul bersama bahan-bahan perasa yang lain. Manakala umai cicah adalah ikan/udang/obor-obor yang tidak digaul sekali dan diasingkan dari bahan perasa. Ia dimakan secara mencicah umai ke dalam pencicah yang diasingkan.
Umai merupakan sejenis hidangan ikan mentah yang dihiris halus-halus dan dibuang tulangnya; dengan campuran bawang, cili, cuka, garam dan jus limau. Umai boleh dimakan sejurus selepas dihidangkan dan lebih sedap dimakan setelah sejuk (disimpan di dalam peti sejuk). Bagi mendapatkan hasil yang lebih masam, hidangan ini boleh dicampurkan dengan buah maram (ba'un - buah dari pohon mulung). Penggunaan limau nipis dan cili yang banyak akan memberi lebih rasa kepada umai. Umai perlu mempunyai rasa masam, masin dan pedas.
Di negeri Kelantan juga terdapat sejenis masakan seperti umai ini (dikenali sebagai lawar ikan) dan selalunya ikan tamban atau ikan parang digunakanserta ditambah dengan kacang panjang, daun kesom dan bunga kantan. Umai kini bukan lagi sekadar makanan pengalas perut kaum nelayan tetapi ia dikenali sebagai salah satu makanan eksotik di restoran-restoran mewah bertaraf tiga bintang atau lima bintang di hotel.
Rujukan-
1. ms.m.wikipedia.org/wiki/Umai_(makanan)
2. igan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/64-umai
3. facebook Seraong Tugau Sarawak-posts
4. hmetro.com.my/ekspresi/2018/05/343523/umai-pembuka-selera
5. utusanborneo.com.my/2017/12/16/umai-mulanya-hanya-makanan-pengalas-perut-nelayan
Comments