Nasi Ayam Hainan
Bahan utk nasi ayam:
1/2 cwn. margerin
2 biji bawang besar (dikupas & dicincang)
2cm halia muda (dikupas & dicincang halus)
1cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun padan (disiat-siat dan disimpulkan)
4 cwn beras (dicuci dan ditoskan)
51/2 cwn. air rebusan ayam dan sedikit garam
Bahan-bahan sampingan-
Timun, salad dan tomato
Cara memasak nasi ayam:
1. Cairkan margerin di dalam periuk dan tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan
daun pandan sehingga naik baunya.
2. Masukkan beras, goreng beras hingga nampak berkilkat dan berbau wangi. Ini bagi menghasilkan nasi yang berderai.
3. Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga sempurna dengan api yang perlahan.
Bahan untuk ayam:
1 ekor ayam (dibersihkan & dibelah 2-direbus sehingga separuh masak)
garam
Lada hitam (dikisar)
2cm halia (dikupas & ditumbuk)
2 ulas bawang putih (dikupas dan dicincang halus)
2 camb. kicap manis
3 camb. margerin
2 camb. sos tiram
minyak bijan
Cara memasak:
1. Ayam direbus dengan api yang sederhana dalam 30 minit atau sehingga empuk.
2. Keluarkan ayam, sejat dan rendam dalam air sejuk bagi mematikan proses memasak.
3. Lumur ayam dengan sminyak bijan serta semua bahan dan perap 30 minit.
4. Masukkan ayam ke dalam ketuhar dan bakar selama 30-40 minit dgn suhu 180 c.
5. Simpan air rebusan ayam untuk membuat sos cili, sos kicap, bahan memasak nasi dan sup.
Bahan Sos cili:
5-6 biji cili merah
1 kiub pati ayam
2 biji tomato
2 ulas bawang putih garam dan gula secukup rasa
2 inci halia (diketuk)
1camb cuka makan dan gula
sedikit tepun jagung
Sedikit sup ayam
Cara memasaknya:
1. Blend semua bahan kecuali halia. Halia diketuk sahaja. Masukkan semua bahan ke dalam periuk
dan masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
2. Sos cili nasi ayam perlu mempunyai kombinasi rasa masam, pedas dan manis yang seimbang.
Bahan Sup ayam-
Air rebusan ayam
Tulang ayam
sup bunjut
ubi kentang
lobak merah
daun saderi
daun sup
daun bawang
bawang goreng
serbuk perasa ayam
Garam secukupnya
Cara memasak sup:
Air rebusan ayam dicampurkan dgn sup bunjut, ubi kentang dan lobak merah. Masak sehingga ubi empuk. Hidangkan dengan hirisan daun sup, bawang goreng dan daun bawang.
Bahan Sos kicap-
1 mangkuk air rebusan ayam
minyak bijan secukupnya
kicap cair
kicap manis
sedikit tepung jagung
Cara membuat sos kicap:
Ambil sedikit sup ayam, campurkan dengan kicap manis dan masin bersama sedikit tepung jagung. Masak sehingga kuah menjadi agak pekat dengan menggunakan api yang perlahan.
Bahan sos atau pes halia-
Seketul besar halia
2 batang daun bawang
3 ulas bawang putih
sedikit garam
Cara membuat sos halia-
Ambil halia dan parut halus. hiris halus daun bawang. Campurkan halia, daun bawang dan sedikit garam tumbuk halus. Panaskan minyak masak hingga betul panas (berasap) tutup api dan tuang perlahan-lahan campuran halia. kacau sebati semua
Nota-
Nasi ayam popular bagi kebanyakkan masyarakat di Malaysia. Ini kerana hidangan ini boleh dikatakan satu hidangan yang lengkap, sedap, berkhasiat dan mudah untuk disediakan. Terdapat berbagai variasi masakan nasi ayam contohnya seperti nasi ayam Hainan dikalangan masyarakat Cina. Cara memasak dan megolah masakan ayam juga boleh diperbagaikan seperti sama ada ayam tersebut boleh dikukus, dipanggang, dimasak dalam ketuhar ataupun digoreng.
Nasi ayam Hainan berasal dari sebuah bandar bernama Wenchang di China. Penduduk di kawasan ini kebiasaannya akan menghidangkan nasi ayam kepada tetamu sebagai tanda penghormatan.
Rujukan-
1.http://sajionline.com.my/asal-usul-nasi-ayam-hainan/www.malaysia.travel/ms.my/my/experiences/a.taste-of-malaysia/chicken-rice
2. https://resepichenom.com/resepi/nasi-ayam-hainan
Comments