Bubur Kacang Hijau

                                  Foto dari sumber MStar

Bubur Kacang Hijau versi Melayu-
Bahan:
1 kg      Kacang hijau
1 camt. Garam
45 gm   Gula putih/ gula melaka/ gula kabung
750ml   Santan
30 gm   Sagu
2 helai  Daun pandan

Cara memasak:
1.  Rebus kacang hijau sehingga separa empuk.
2.  Masukkan gula, sagu, garam, santan dan daun pandan.
3.  Masak sehingga sagu kembang dengan api yang sederhana.
4.  Sedia untuk dihidangkan.


Bubur Kacang Hijau versi India-
Bahan:
1 kg      Kacang hijau (dibuang kulit-yellow moong dal)
1 camt. Garam
45 gm   Gula perang/gula tebu/gula kabung
500ml susu lembu segar
750ml   Santan
sedikit   serbuk buah pelaga, gajus dan kismis
10gm minyak sapi

Cara memasak:
1.  Rebus kacang hijau sehingga separa empuk.
2.  Masukkan gula, sagu, garam, santan dan daun pandan.
3.  Masak sehingga sagu kembang dengan api yang sederhana.
4.  Sedia untuk dihidangkan.


Bubur Kacang Hijau versi  Cina-
Bahan:
1 kg      Kacang hijau
1 camt. Garam
45 gm   Gula batu/gula putih
750ml   Santan
30 gm   barli, kulit oren kering, rumpai laut (Seaweed)

Cara memasak:
1.  Rebus kacang hijau sehingga separa empuk.
2.  Masukkan gula, sagu, garam, santan dan daun pandan.
3.  Masak sehingga sagu kembang dengan api yang sederhana.
4.  Sedia untuk dihidangkan.

Nota-
Perbezaan antara bubur kacang hijau masyarakat Melayu, India dan Cina yang terdapat di Malaysia.  Ia terletak kepada perbezaan penggunaan bahan asas, elemen rasa serta cara penyajiaannya.

Bubur kacang Hijau Masyarakat Melayu -
1. Kacang hijau yang digunakan adalah kacang hijau yang mempunyai salutan kulit kacang hijau.
2. Menggunakan gula melaka, gula kabung dan gula putih sebagai bahan pemanis akan menjadikan 
    kuah yang lebih gelap.
3. Penggunaan santan segar dan pekat.
4. Ditambah dengan daun pandan (untuk aroma), halia (untuk memberi rasa pedas/hangat) dan sagu.
5. Dihidangkan sebagai pemanis mulut, sajian minum petang atau sajian ketika kenduri.

Bubur kacang hijau masyarakat India-
1. Menggunakan kacang hijau yang dikupas (yellow moong dal) yang telah dibuang kulit hijaunya.
2. Menggunakan gula perang atau gula tebu dan gula kabung bagi menghasilkan rasa manis yang  
   sederhana.
3. Menggunakan kombinasi santan cair dan santan pekat atau susu lembu segar.
4. Ditambah dengan serbuk buah pelaga yang ditumis dengan minyak sapi.
5. Bubur dihiasi dengan gajus dan kismis yang disangai.
6. Dihidangkan semasa perayaan Deepavali, Pongol dan sebagainya.

Bubur kacang hijau masyarakat Cina-
1. Kacang hijau dimasak sehingga hancur dan menjadi sup pekat.
2. Menggunakan gula batu atau gula putih sebagai bahan pemanis.
3. Tidak menggunakan santan dalam proses memasak.  Masyarakat baba nyonya menggunakan santan 
    yang dimasukkan berasingan ketika hendak dijamah.
4. Bahan tambahan seperti barli, rumpai laut atau kulit oren kering dimasukkan untuk menambah aroma 
    masakan.
5. Dianggap sebagai tonik penyejuk badan untuk membuang haba panas dalam badan.
6. Dimakan sebagai sarapan, pencuci mulut dan sebagai pengganti bubur nasi.



Comments

Popular posts from this blog

Ham Choi sup

ayam masak kacang gajus (Szechuan chicken cashew nut)

Soto Banjar