Jala emas


Jala Emas-



Bahan-bahan:
15      biji telur ayam / itik ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
1 biji telur ayam
400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis  250g @ 300g)
2-3 helai daun pandan
4 cawan air
Daun pisang untuk dibuat corong

Cara menyediakan dan memasak:
1.        Tapis kuning telur dan pukul sedikit
2.        Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
3.        Angkat dan ketepikan.
4.        Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
5.        Hidangkan

Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.



Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-