Bihun

Bihun


Bihun berasal dari China dan bahan utama untuk membuat bihun ini ialah tepung beras.  Bihun juga merupakan sebahagian daripada masakan ruji bagi masyarakat di Asia.  Bagi masyarakat Cina, bihun disajikan sebagai hidangan sup, goreng atau sebagai sebahagian bahan untuk pembuatan salad.

Sementara itu bihun goreng merupakan gabungan yang dimasak dengan sayur dan daging (boleh juga ditukarkan dengan bahan-bahan lain yang bersesuaian seperti ayam, udang dan sotong).  Bihun goreng sedap di makan bersama dengan cili jeruk.  Bahan utama untuk membuat bihun goreng jika bagi masyarakat Melayu, penggunaan cili boh merupakan suatu kemestian.  Berlainan dengan masyarakat Cina, bahan utama bagi mereka adalah "fish Sauce" yang memberi berbagai aroma pada masakan bihun.

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-