Nasi Briyani Ayam


Nasi Briyani Ayam




Bahan untuk nasi:
500gm beras Basmathi (direndam 40 minit atau sejam)
400ml stok ayam
200ml susu sejat
1/2 ekor ayam (dibersihkan)
2 camb. rempah biryani
garam dan serbuk perasa secukupnya
2 biji tomato (dicincang halus)
2 camb. air panas
 1/2 cwn. kismis campuran
1/2 cawan badam (dipanggang)

Bahan tumis:
5 biji bunga cengkih
6 biji buah pelage
4 biji bunga lawing
2 batang kulit kayu manis
2 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
4 cm halia (dimayang)
2 batang serai (dititik)

Bahan perapan ayam:
1 cwn. bawang goring
1/2 cawan dadih asli
1/2 biji lemon (diambil kulit dan jusnya)
sedikit daun ketumbar
Segenggam daun pudina
bawang putih (ambil sedikit dari bahan tumis)
Halia (ambil sedikit dari bahan tumis)
sedikit lada hitam

Cara memasak ayam:
1.  Masukkan semua bahan perapan ayam ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
2.  Panaskan minyak sapi dalam kuali.
3.  Ratakan ayam dengan garam dan lada hitam.
4.  Layurkan ayam di atas kuali hingga kuning keemasan tetapi hanya 3 suku masak sahaja.
5.  Alihkan ayam ke dalam pinggan.

Cara memasak nasi:
1.  Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumis rempah 4 sekawan hingga Wangi dan masukkan bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia.
2.  Biar bawang kekuniggan, masukkan badam dan tomato.
3.  Masukkan beras dan kacau rata, tuangkan air rebusan dan susu.  Tambahkan garam.
4.  Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga nasi menyerap air dan separa kering.
5.  Susunkan ayam di atas nasi, taburkan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goring.
6.  Tutupkan tudung periuk.
7.  Masak selama 25 minit lagi.
8.  Apabila nasi telah masak, hidangkan bersama lauk ayam dan sajian sampingan yang lain sepeerti jelatah dan sayur goreng buncis.


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-