Ambuyat

 Ambuyat

Bahan-bahan Ambuyat-
300gm Tepung ubi
500ml air

Bahan-bahan kangkung-
ikan bilis (goreng dan tumbuk kasar)
kangkung
kacang panjang
sardin (hancurkan)
bawang merah dan bawang putih

Bahan-bahan sambal belacan-
cili api
belacan (dibakar)
tomato
garam
air perahan limau
sedikit gula

Cara memasak ambuyat-
1. Kacau tepung ubi dengan air biasa sehingga tak berketul.
2. Panaskan di atas api sederhana sehingga tepung ubi bertukar menjadi jernih.
3. Adunan perlu selalu dikacau.

Cara memasak kangkung-
1. Goreng ikan bilis dan kacang tanah, asingkan.
2. Gunakan minyak yang sama untuk menumis bawang merah dan bawang putih, tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan sardin dan kacau sehingga naik bau, tambahkan air.
4. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan kacang panjang dan kangkung.
5. Perasakan dan tutup api.

Cara memasak sambal belacan-
1. campurkan semua bahan dan tumbuk.
2. Perasakan mengikut citarasa.

Bahan-bahan ambuyat rumbia-
1kg sagu rumbia
air panas yang baru dimasak
1 liter air

Cara memasak ambuyat rumbia-
1. Sagu dicampur dengan air dan mendapkan selama 10 minit.
2. Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas tahan air panas.
3. Bancuh sagu dengan air panas mendidih.
4. Kacau sebati dan masak sehingga sagu bertukar menjadi likat dan jernih warnanya.



Nota-
   Ambuyat merupakan sejenis hidangan tradisi masyarakat di Sabah,  dikenali sebagai "linut" di Sarawak, "kapurung" oleh suku kaum Bugis dan "Papeda" di timur negara Indonesia.  Ambuyat atau Linut merupakan sejenis hidangan yang berasal dari batang rumbia atau sagu.  Ia merupakan hidangan seharian di negeri Sarawak, Sabah dan Brunei.  Mengikut cerita ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari negara Brunei

   Di negara Brunei, sagu rumbia kenali sebagai ambulung.  Untuk menghasilkan ambulung, proses mengarus selama sehari perlu dilakukan.  Dewasa ini tepung sagu boleh diperolehi di pasar hari atau tamu dan dijual didalam paket kecil. Ketika ingin memasak tepung sagu yg kellihatan dalam bentuk bongkah ini perlu dihancurkan terlebih dahulu.

   Penyediaan ambuyat agak mudah dan dimakan bersama sambal belacan atau pencicah, sayur kangkung dan ikan goreng.  Ambuyat dimakan dengan menggunakan sejenis garfu buluh yang dipanggil candas, dengan cara menggolekkan ambuyat disekitar mata garfu dan kemudiannya dicelup ke dalam sambal atau dimakan dengan lauk pauk yang lain.

   Jika sukar untuk mendapatkan sagu rumbia, ambuyat boleh dimasak dengan menggunakan sagu mata besar. Cara penyediaanya sagu direndam air hingga kembang, kemudian dikisar halus, dan dimasak dengan campuran air sehingga berwarna jernih dan likat.  Pada kebiasaanya ambuyat dimakan semasa masih panas-panas.

   Terdapat pantang larang dalam masakan ini, iaitu jika berlaku kematian; ahli keluarga si mati tidak dibenarkan makan ambuyat ini ketika si mati masih berada di rumah.  Jika pantang ini dilanggar, jasad si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit.



Rujukan-
1. myresepi.com/resepi-ambuyat/
2. sislin76.com/2020/11/resepi-dan-cara-buat-ambuyat-linut.html?m=1
3. ayuhsabah.com/2020/09/ambuyat-nampak-pelik-tapi-sedap-makanan.html

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-