Ayam Masala (Chicken Masala)
Ayam Masala
Bahan-bahan perapan (A)-
1/2 kg ayam
1 sudu besar serbuk cili1 sudu kecil serbuk kunyit 2 cm halia (dikisar)2 ulas bawang putih (dikisar)sedikit garam1 sudu kecil serbuk lada hitam1/2 biji perahan air lemon1 sudu besar kicap manis
2 biji bawang besar (dicincang)1 sudu kecil serbuk kunyit1/4 cawan air1 sudu kecil serbuk lada sulah1/4 cawan minyak masak1 sudu besar minyak sapi
Bahan B-4 tangkai cili kering (potong)Daun kari dan daun salam
Bahan C-
3 ulas bawang putih
2 cm halia (dikisar)
2 biji tomato dipotong dadu)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar serbuk ketumbar
Bahan D-1/2 kotak santan Kara1/2 sudu kecil garam1/2 sudu kecil gula
Bahan tumisan-2 sudu besar minyak masak3 batang kulit kayu manis3 biji buah pelaga3 kuntum bunga cengkih1 sudu besar jintan manis (tumbuk) atau serbuk jintan manis1 sudu besar serbuk jintan putih2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
Cara memasak-1. Perap ayam selama 30 minit. 2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi kemudian masukkan bahan tumisan dan bawang besar dan tumis hingga layu dan kekuningan.3. Masukkan bahan B.4. Masukkan bahan C seperti halia, serbuk kunyit dan bawang putih. kacau selalu supaya tidak hangus.5. Masukkan tomato dan hancurkannya menggunakan senduk.6. Masukkan serbuk ketumbar dan gaul rata. Tambahkan 1/2 cawan air ke dalam masakan. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan masakan seketika sehingga pecah minyak.7. Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi. Gaul sebati dlm adunan masakan dan terbit minyak.8. Masukkan bahan D seperti santan, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.6. Tutup periuk dan masak selama 8-10 minit, ulang proses ini sehingga ayam masak.7. Setelah ayam masak dan berkuah pekat, masukkan lada sulah dan gaul rata.
a. Ayam selain dimasukkan setelah diperap boleh juga digoreng dahulu separa masak selepas diperap dan kemudiannya dimasukkan ke dalam masakan untuk proses masakannyang seterusnya.
b. Santan boleh digantikan dengan yogurt.
Comments