Sup Manuk Lihing

 Sup Manuk Lihing

Bahan-bahan-
1 ekor ayam kampung 
6-8 keping halia bersaiz ibu jari (diketuk)
3 cawan lihing (wain beras)
3 cawan air 
garam secukup rasa

Cara memasak-
1.  Masukkan semua bahan ke dalam periuk, didihkan dengan menggunakan api yang besar. Bila ramuan mula mendidih, perlahankan api dan biarkan merenih.
2. Masak selama 30-35 minit atau sehingga lihing meresap masuk dalam ayam.
3. Perasakan sup.  Sup perlu kelihatan kekuningan dan terdapat lapisan nipis minyak dari lemak ayam.
4. Pastikan daging ayam telah sempurna lembut sebelum dihidangkan.


Nota-
   Sup manuk lihing dikenali juga sebagai "sup ayam lihing".  Manuk bermaksud "ayam" dan lihing bermaksud "minuman keras". Hidangan ini merupakan hidangan istimewa bagi masyarakat suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Hidangan ini sesuai bagi ibu berpantang kerana kandungan halianya yang tinggi dapat membantu membuang angin dan membantu peredaran darah dalam badan.  Sup ini dimasak dengan menggunakan lihing manis.

   Sejenis minuman keras yang dikenali sebagai lihing digunakan dalam masakan ini. Terdapat lihing yang diperbuat daripada beras pulut. Namun lihing yang digunakan untuk masakan ini mestilah sejenis minuman keras.  Oleh kerana makanan ini mengandungi minuman keras, ia haram dimakan oleh orang Islam.  Hidangan ini dijamu pada hari-hari istimewa seperti hari perkahwinan atau sambutan Pesta Menuai yang diaadakan di Sabah pada 30-31hb Mei setiap tahun.

Rujukan-
1. akuman999.blogsport.com/2017/09/sup-manuk-lihing-html.
2. https://www.periuk.my/ms/resepi/sup-mauk-lihing-2/
3. zecksite.wordpress.com/2016/03/26/sup-manuk-lihing/
4. makanandisabah.blogsport.com/p/sup-manuk-lihing.html
5. wikiwand.com/ms/Sup_Manuk_Lihing
6. babab.net/out/kadazandusun-traditional-food-sup-manuk-lihing.html

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh