Hinava Tingii (Tongii)

Hinava Tingii

Bahan-Bahan-
500gm isi ikan tenggiri (tingii)
200gm peria
2cm halia muda
1 biji bawang merah
1 kuntum bunga kantan
2 biji cili merah
4 biji limau nipis (ambil jusnya)
garam/ bahan perasa secukupnya
sedikit cili padi
100gm betik separa masak
100gm mangga muda
1 biji tomato (hiris memanjang nipis)
1 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil lada hitam

Cara memasak-
1. Hiris nipis isi ikan tenggiri, tuangkan sedikit air panas ke atas isi ikan dan toskan.
2.  Hiris nipis peria, halia, bawang, bunga kantan dan cili merah dan cili padi.
2. Campurkan kesemua bahan hiris ke dalam bekas.
3. Tambahkan jus limau nipis dan garam serta bahan perasa.
4. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit sebelum dihidangkan.

Nota-
   Hinava membawa maksud ikan mentah. Disesetengah tempat Hinava dikenali sebagai "Lava" dan Hinava Ginapan. Hidangan ini popular dikalangan kaum Kadazan-Dusun di Sabah.  Bagi suku kaum Bajau di pantai timur Sabah, Hinava dikenali sebagai "kinilau".

Untuk mengurangkan pahit buah peria, salutkan peria yang telah dipotong dengan garam dan kemudian basuh bersih sebelum dicampurkan dengan ramuan yang lain.  Hidangan ini perlu disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.  Rasa masakan ini pedas dan masam.

   Isi ikan dibersihkan terlebih dahulu sebelum proses penyediaan dilakukan.  Selain ikan tenggiri boleh juga menggunakan isi ikan yu/ikan sardin (basung), isi sotong dan udang. Di Sabah hidangan ini selalunya dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut.  Hinava merupakan hidangan istimewa semasa Tadau-Kaamatan, majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.

   Hidangan ini sedia untuk dijamah setelah isi ikan bertukar menjadi putih.  Hinava boleh disimpan sehari di dalam peti sejuk.  Hinava sedap dimakan bersama nasi yang masih panas atau bersama sambal.

Sumber rujukan-
1. maggi.my/ms/resepi/hinava/
2. https://salamisimon1.blogsport.com
3. cookpad.com/my/recipes/15223925-hinava-ikan-mentah
4. akuman999.blogsport.com/2017/09/resepi-hinava-html
5. ajinomoto.com.my/bm/resepi/hinava-salad-ikan-mentah

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-