Gulab Jamun

 Gulab Jamun (manisan India berasaskan susu)

Bahan-bahan-
1 cawan susu tepung
1/3 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1/3 cawan susu mentega (Buttermilk)
2 sudu kecil minyak masak atau minyak sapi
2 sudu besar minyak sapi (untuk bentukkan doh menjadi bentuk bebola)
Badam atau kacang pistachio

Bahan untuk sirap-
1 cawan gula
3/4 cawan air
4 biji buah pelaga
secubit saffron
1 sudu kecil air mawar
1/2 sudu kecil jus lemon atau jus limau nipis (supaya sirap tidak menjadi berkaca)

Bahan untuk Susu mentega (buttermilk)-
1/4 cawan susu penuh krim
1 sudu kecil cuka

Cara memasak-
1. Untuk menyediakan susu mentega, gaulkan susu penuh krim dan cuka dan ketepikan.
2. Untuk menyediakan sirap, didihkan gula, air dan buah pelaga sehingga air kelihatan pekat sedikit. padamkan api dan taburkan saffron, Biar sejuk.
3. Ayakkan tepung susu, tepung gandum dan soda bicarbonat, ketepikan.
4. Gaulkan susu mentega dan minyak masak.
5. Satukan semua dan uli sehingga doh manjadi lembut dan tidak melekat di tangan ketika dibentuk.
6. Tambahkan sedikit susu jika doh masih rapuh atau mudah hancur.
7. Jangan uli doh terlalu lama, nanti manisan susah nak menyerap air gula.
8. gris tapak tangan dengan minyak dan jadikan doh bebola kecil.
9. Goreng celup di atas api kecil hingga keperang-perangan.
10. rendam dalam sirap sehingga 2-5 jam.

Nota-
    Manisan ini dimakan bersama sirap manis.  Gulab bermaksud "rose" jamun pula bermaksud "berry".  Gulab Jamun bermaksud bebola berry yang dimasukkan ke dalam sirap gula berperisa rose.  Mengikut asal pembuatan Gulab jamun perlu menggunakan "Khoya".  "Khoya" adalah susu yang terhasil daripada merebus susu dengan api perlahan sehingga ia kering dan menjadi sedikit pekat berkrim.  Susu yang digunakan mestilah susu lembu penuh krim.  Terdapat kaedah pembuatan dimana didalam bebola Gulab jamun ini diletakkan dengan badam.

   Terdapat juga cerita mengatakan Gulab jamun berasal dari bahasa Persian iaitu "Gol" (bunga) dan "ab" (air), yang merujuk kepada sirap air ros wangi.  Jamun juga berasal dari bahasa Hindustan yang membawa maksud buah India.  Manisan ini sangat popular di selatan Asia seperti india, Sri Lanka, Nepal, Pakistan dan Bangladesh dan juga di negara-negara Caribbean seperti trinidad, guyana, Suriname, Jamaica dan Mauritius.

   Manisan ini sering disajikan semasa majlis perkahwinan atau sambutan kelahiran.  Untuk sajian ini saya suka jadikan bentuk bebola yang kosong dan kemudian ketika dihidang ditaburkan dengan kacang pistachio.  

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh