Kuih Kelupis
Kuih Kelupis
bahan -
1 cawan beras pulut (direndam 3-4 jam dan toskan)
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
daun pisang secukupnya
Cara memasak-
1. Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam periuk, tanak separuh masak seperti
menanak beras pulut untuk ketupat.
2. Sudukan ke dalam daun pisang. Bungkus dan lipat seperti melipat kuih lepat. Setelah cukup 3
kuih. Satukan ketiga-tiga kuih ini dan ikat dengan tali rafia.
3. Masukkan ke dalam periuyk pengukus dan kukus selama 1 jam.
4. Makan bersama rendang ataupun kari ayam atau daging.
Comments