LAKSA KEDAH




    Laksa Kedah mempunyai beberapa ciri tertentu yang membezakannya dengan laksa yang terdapat di seluruh Malaysia.  Daripada segi kuah, laksa Kedah mempunyai kuah yang pekat dan likat dan warnanya agak pucat, sedikit kekelabuan.  Laksa Kedah tidak menggunakan cili kering tetapi menggunakan cili padi.  Laksa yang digunakan selalunya laksa beras buatan sendiri.  Laksa, bila disebut laksa yang tinggal di sebelah utara mesti terbayangkan laksa Teluk Kechai ataupun laksa Perlis.  Yang duk kat Johor terkenangkan laksa Johornya, yang duk kat tengah-tengah nie, asam laksa oklah kut.  Nie hari nie nak citer sikit tentang Asam Laksa.

Asam laksa is a famous local delicacy in Penang.  So sometimes it also may known as Penang Laksa, as it is considered as an indigenous food of Penang.  It commonly found at Penang hawker centers or coffee shops but usually not available at restaurants.  Kedai kecik-kecik je yang selalu jual asam laksa nie kat Penang.  Based on Peranakan origin, Penang laksa is a combo dish from both Malay and Chinese flavors.

Asam is a Malay word for tamarind which is used as stock to prepare the soup for this popular dish.  In fact, a bowl of laksa is served with rice noodles in a thick sour soup of shredded fish, garnished with slices of shallots, cucumbers, pineapples, lettuces, mint leaves, chilies, ginger torch flower bud (bunga kantan) and topped off with sweet shrimp paste (nie yang bagi laksa lagi gilerr sedap). 

The delicious delicious soup is usually prepared with local spices includes galangal (lengkuas), lemon grass (serai), minced onions, chilies, polygonum leaves and shrimp paste granules (belacan).  All of this items are cooked under low fire for at least an hour before adding in the debone mackerels and continue to be simmered for another hour.  Finally, the soup is perfected with salt, sugar and sweet shrimp paste.

Tetiba terngada-ngada nak ber"omputeh" lak.  Kay apapun kita fokus balik dekat laksa ya, dan di sini saya kongsikan resepi  Laksa kita.  Apapun perkataan laksa diambil dari perkataan asal sanskrit "Laksha" yang bermaksud "banyak", merujuk kepada banyaknya bahan yang diperlukan untuk melengkapkan masakan laksa ini.



RESEPI LAKSA KEDAH

Bahan asas - 

1 bungkus laksa kering atau basah
1 kg ikan kembung (dalam anggaran 6 ekor ikan saiz sedang)
1 camb belacan
2 kuntum bunga kantan (dibelah 4)
1 ikat daun kesum
4 keping asam keping
Gula dan garam secukup rasa

Bahan kisar -
10 - 15 tangkai cili padi (tapi selalunya saya akan gantikan dengan cili kering sahaja)
50gm ikan bilis (rendam seketika dan kemudian dikisar halus)
2 biji bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih


Bahan tambahan:
1 batang    serai
1 bunga kantan (dibelah 4)
Daun kesum
Segenggam asam jawa diambil patinya
5 keping asam keping
4 camb.  otak udang

Garam secukup rasa

Bahan sampingan -
telur rebus
bawang besar (hiris halus)
1 biji timun
limau nipis daun selom
cili padi (dihiris halus)

Kalau versi saya untuk laksa kedah ini saya akan lebihkan bahan sampingan.  Sebagai contoh saya akan tambahkan nenas, kacang panjang, ulaman.  Kuahnya akan dimakan dengan sambal petis udang.  Sedapnya tak terhingga, tambahan jika kuahnya dibuat pekat.

Cara penyediaan -
1.  Rendam laksa dan kemudian rebus sehingga lembut, Angkat dan toskan kering.
2.  Ikan direbus bersdama asam keping, diasingkan isi dan tulang.  Tulang ikan 
     kemudiannya dikisar halus, dan ditapis.
3.  Masukkan kuah ikan dan bahan yang selebihnya, perasakan rebus sehingga mendidih.
4.  Hidang bersama laksa dan bahan sampingan.

Comments

Laksa Utara

Bahan A ( kisar halus)
- 2 biji bawang besar (potong 4)
- 5 biji cili padi
- 2 biji cili merah besar (potong 3)
- segenggam cili kering (direbus)
- sedikit belacan
Note: jika nak pedas, lebihkan cili kering

Bahan B:
- 2 kuntum bunga kantan
- secekak daun kesum
- 2 keping asam gelugur


Cara memasak:

1. Rebus ikan yang telah dicuci. Ambil isi dan asingkan tulang. Kisar isi ikan jangan terlalu hancur Gunakan air rebusan ikan untuk mengisar.

2. Kemudian masukkan tulang ikan ke dalam pengisar. Masukkan air rebusan ikan dan kisar hingga hancur. Tapis dan masukkan ke dalam bekan asing dengan kisar ikan tadi

3. Pansakan sedikit minyak dan tumis bahan A hingga garing. Kemudian masukkan bahan B

4. Masukkan isi ikan dan gaul sebati

5. Masukkan air kisaran tulang ikan yang telah ditapis. Kacau rata

6. Tambahkan lebihan air rebus ikan yang telah ditapis. Kacau sehingga mendidih. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.

7. Didihkan air dan rebuskan laksa serta telur sehingga masak.

Siap !

Terima Kasih (2019467738)

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-