Tangyuan




Masakan bagi menu Tangyuan ini merupakan sejenis masakan makanan tradisi bagi masyarakat Cina yang diperbuat daripada tepung pulut.  Secara tradisinya, tangyuan ini dimakan ketika musim perayaan sambutan Yuanxiao atau lebih dikenali sebagai Chap Goh Meh.  

Mengikut cerita sejarah, Tangyuan ini mempunyai beberapa nama yang digunapakai bagi merujuk kepada Tangyuan.  Antaranya ia dikenali sebagai "Yuanxiao" (merujuk kepada perayaan Chap Goh Meh); digunapakai di bahagian China Utara semasa era pemerintahan Dinasti Ming, Maharaja Yongle.  "Yuanxiao" ini secara amnya membawa maksud "Selamat malam pertama", berdasarkan kepada "bulan purnama" pertama selepas "Tahun Baru Cina".

Di China Selatan, Tangyuan ini dikenali sebagai "Tangtuan".  Mengikut kisah lama semasa pemerintahan Yuan Shikai (1912 - 1916), penduduk setempat tidak menyukai nama "Yuanxiao" kerana ia disebut sebagai "Yuan" atau "mengeluarkan yuan".  Yuan dalam bahasa melayu bermaksud "wang".  Lalu mereka menukarkannya kepada Tangyuan yang membawa maksud "bola bulat dalam sup" atau "ladu bulat dalam sup".  Jika dilihat pada dialek utama Cina bagi masyarakat Hakka dan Kantonis; Tangyuan disebut sebagai "Tong Rhendantong Iyun". 

Apapun nama, sejarah dan dinasti yang merungkaikan cerita berkaitan Tangyuan ini, bagi kebanyakkan keluarga Cina (walau di mana pun mereka berada) mereka menikmatinya bersama-sama keluarga.  Ini kerana bentuk bulat kuih ini dan dihidangkan di dalam mangkuk melambangkan kebersamaan sesebuah keluarga.

Resepi untuk bebola pulut-
2 cawan tepung beras pulut
3/4 cawan air (atau dalam perkadaran secukupnya)
1/2 sudu teh garam halus
Pewarna kesukaan

Pilihan untuk Inti -
Peanut butter secukupnya
kacang tanah yang disangai dan dihancurkan secara kasar 
inti kacang merah
inti paste jem nenas
sekaya
biji badam
biji bunga matahari
inti kelapa yang dimasak bersama gula merah

Bahan untuk sirap manis-
4 cawan air
1 cawan gula pasir atau gula batu (boleh digantikan dengan gula melaka)
3 helai daun pandan (disimpul)
sedikit halia yang diketuk


Cara memasak-
1. Tepung pulut dicampur dengan sedikit air dan garam bagi membentuk gumpalan bebola.  Ini jika  ingin membuat tangyuan tanpa sebarang inti di dalamnya.  Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.    Tambahkan tepung sedikit jika adunan masih melekat di tangan.

2. Semasa proses penghasilan doh, doh boleh diletakkan dengan beberapa pewarna kegemaran atau dibiarkan dengan warna putih asli doh itu sendiri.  Bahagikan doh kepada beberapa bahagian jika ingin meletakkan warna pada doh tersebut, dan doh yang telah diasingkan itu diwarnakan mengikut warna pilihan.  Uli lagi sehingga warna sebati pada doh-doh ini.

3. Jika inginkan inti di dalamnya, semasa proses membentuk, masukkan sedikit inti (peanut butter,   kelapa manis dan sebagainya) dan kemudian bentukkan doh menjadi bebola.

4. Kemudiannya rebus bebola tangyuan ini di dalam air yang mendidih. Angkat bila bebola timbul dipermukaan air.  Bebola ini kemudiannya direndam dalam air bagi mengelakkan ia melekat.

5. Masakkan air gula bersama bahan-bahan yang lain sehingga berbau wangi. Pastikan gula hancur sempurna. bebola tangyuan yang telah dimasak nanti akan dihidangkan bersama air gula ini.

6. Tangyuan boleh dihidangkan sejuk atau secara panas.
  1.  


Nota tambahan- 
1. Tangyuan boleh dibuat dengan cara ada inti atau pun dibiarkan kosong tanpa inti.

2. Bahan utama Tangyuan ialah tepung beras pulut.

3. Tangyuan berinti boleh dibuat dengan menggunakan inti manis.

4. Tangyuan yang telah masak akan timbul dipermukaan air.  Adunan yang timbul ini perlu diangkat dan     diletakkan ke dalam air sejuk.  Tujuannya agar, doh bermasak ini tidak melekat dengan doh2 yang   lain, untuk menpercepatkan proses menyejukkan masakan, supaya doh tidak terlalu masak dan tekstur  masakan menjadi kenyal dan sedap.

5. Kaedah penyediaan Wilayah Utara ialah dengan mencampurkan bijan, kacang tanah, pes kacang manis.  Bahan-bahan ini dimasukkan ke dalam bakul buluh berserta tepung beras dan air dimasukkan  bagi membentuk inti dan bebola yang bulat.

6. Bagi masyarakat di wilayah Selatan pula, bentuk Tangyuan dibuat bersaiz bebola yang besar. 

Rujukan-

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tangyuan

Li Wei, https://www.facebook.com/100057226758999/posts/1118804628854082/

https://myresipi.com/resipi/tang-yuan-glutinous-rice-ball-dessert/

rozel kitchen, https://www.rasa.my/manisan-tang-yuan-enak-dimakan-sejuk-atau-panas/

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh