Capati


BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung atta.
  • 2 sudu minyak masak (untuk melembutkan)
  • 1 cawan Air panas (suam sedikit) kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 5oml. Air untuk membuat doh.
  • Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air panas.
  • 1 sudu teh gula
  • 2 sudu besar mentega

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan bentuk kolam ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut.

2. Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin. 

3. Bahagikan doh kepada 12-15 bebola (sebesar telur gred A). Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan ulikan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik. Biarkan bebola yang telah siap selama 20 – 30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab (ditakuti permukaan bebola akan kering dan keras).

4. Uli lagi dengan tangan 2-3 kali bagi menghasilkan roti yang cantik dan lembut.

5. Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celurkan sedikit tepung sebelum diletakan dalam papan lenyek.  sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain.

6. Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang  sedang memadai . Sebelum masukkan capati yang belum masak itu untuk dibakar di atas kuali leper, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur. Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati. Bakar di atas kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal pada gelombong yang mula-mula naik. . Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan hanguskan bahagian yang ditekan kuat.  Bila kenakan tekanan pada gelombong anda boleh lihat, capati itu naik gelembung. Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Terbalikan dan bakar sebelah lagi, seperti yang diterangkan.

7. Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit . Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit. Semasa membakar capati. pertama perlu tentukan kepanasan kuali dengan betul, jangan sampai hangit atau terlalu masak, nanti capati anda menjadi biskut pulak.




Nota-
Chapati, capati, chappati atau chapathi merupakan sejenis roti leper dan rata yang tidak menggunakan yis dalam pembuatannya.  Makanan ini amat sinonim dengan negara Nepal, India dan Pakistan.  Ia merupakan makanan ruji bagi negara-negara ini dan boleh juga ditemui dengan berbagai variasi di Asia Selatan, Asia tengah dan di negara Kenya, Tanzania, Uganda.  Di negara China ia dikenali sebagai roti Laobing.

Chapati membawa maksud 'leper bulat' dalam bahasa India dan sajian ini ada dicatatkan di dalam Ain-i-Akbari (dokumen abad ke-16) oleh Maharaja Mughal, wazir Akhbar, Abul-Fazl ibn Mubarak.

Capati selalunya diperbuat daripada bahan asas seperti tepung gandum atau tepung atta yang sama ada dibuat tanpa menambah bahan-bahan lain atau ditambah dengan garam dan minyak ketika mengguli dohnya.  Adunan yang diuli ini kemudiannya dijadikan bahagian-bahagian doh bulat yang kecil, dileper nipiskan dan dimasak atas permukaan kuali yang rata.  Permukaan atas capati yang telah dimasak selalunya disapukan dengan mentega atau minyak sapi untuk memberi tambahan rasa yang enak kepada capati tersebut.

Cara memakannya pula, capati ini akan dikoyakkan kecil dan digunakan untuk mengambil lauk lain untuk dimakan (kuah dall, daging atau hidangan sayuran).  Bahagian lain dikoyak dan dibentukkan seperti kon untuk digunapakai sebagai sudu bagi mengambil bahagian lauk yang cair.  Capati merupakan sejenis hidangan yang mengenyangkan sering dijadikan juadah sarapan.  Capati yang sedap adalah capati yang tetap lembut meskipun setelah sejuk.

Cara memasak capati juga mempunyai keperbagaian. Jika di Malaysia, kita memasaknya terus menggunakan kuali yang leper, di Nepal capati dimasak sebahagiannya sahaja dalam kuali, kemudian ia akan diletakkan secara langsung pada api yang tinggi bertujuan untuk memasukkan udara yang panas ke dalam capati. Di India dan Pakistan capati akan dimasak dengan kaedah 'phulka' yang membawa maksud melambung.

Capati merupakan hidangan yang sihat berbanding roti 'flatbread' yang lain ataupun nasi.  Ini kerana capati dimasak tanpa menggunakan minyak, menjadikannya rendah lemak dan rendah kalori.  Selain itu capati selalunya dimakan bersama kuah kacang dal iaitu sejenis kekacang yang sangat tinggi dengan kandungan zat besi, protein dan asid folik.

Rujukan-
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Capati
2. https://www.rasa.my/guna-tepung-ini-buat-resipi-capati-turun-temurun-30-tahun/
3. https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/capati-alternatif-nasi/


Dhal Sayur-
Bahan-
1 cawan kacang dhal (direbus hingga empuk)
1 biji ubi kentang (dipotong kecil)
1/2 batang lobak (dipotong memanjang)
4 batang kacang panjang (dipotong kecil)
1 biji terung (dipotong memanjang kecil)
1/2 biji tomato (dipotong 4)
1/2 biji cili meraah (dipotong serong)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih
2 biji pelaga
4 sudu besar rempah kari daging
1 tangkai daun kari
1 cawan santan
2 cawan air
2 keping asam gelugur (boleh gantikan dengan asam jawa)
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula

Bahan kisar-
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara memasak-
1. Rebus kacang dal hingga empuk dan toskan airnya.
2. Potong semua sayur-sayur.
3. Tumis 4 sekawan dengan sedikit minyak. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang dikisar, tumis hingga wangi.
4. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan santan, air dan kacang dal.
6. Masukkan asam gelugur, bahan perasa.
7. masukkan carrot dan kentang, masak hingga lembut.
8. Maukkan terung, kemudian kacang panjang dan cili merah.
9. Akhir sekali masukkan tomato. Biar seketika sebelum padamkan api.

Nota-
Jika inginkan variasi yang enak, didalam masakkan boleh ditambahkan dengan tulang ayam atau tulang daging atau daging cincang.  Pada 1916, dhal dianggap kurang berguna sebagai makanan asas tetapi lebih sebagai hidangan pencuci mulut.


Rujukan-
1. https://cookpad.com/my/recipes/15688042-dalca-sayur
2. https://myresepi.com/resepi-dalca-sayur/
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kacang_dal

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-