Kheer


Kheer juga dikenali sebagai payasam, payesh atau payasa merupakan puding nasi yang dimasak bersama susu segar dan selalunya dihidangkan sebagai pencuci mulut.  Kheer disediakan untuk hari perayaan, upacara keagamaan dan perayaan atau sebarang sambutan istimewa.

Perkataan "Kheer" yang digunakan oleh masyarakat India diambil dari bahasa Sanskrit "Ksheeram" yang bermaksud susu.  Versi masakan popular menggunakan susu, beras, minyak sapi, gula, kulit kayu manis, buahan kering dan susu saffron.

Kheer (Puding nasi)
250gm beras
750ml susu segar
125gm gula
2gm garam
30gm kismis
sedikit esen vanila
2gm serbuk kayu manis
5gm buah pelaga
2gm serbuk buah pala

Cara memasaknya-
1. Satukan susu segar, beras dan gula ke dalam periuk dan masak dengan api yang kecil sehingga nasi masak.  Perlahankan api dan masukkan esen vanila dan kismis.
2. Masak sehingga nasi menjadi seperti bubur nasi yang pekat (tempoh masak 30-45 minit).
3. Setelah itu masukkan serbuk kayu manis, dan bahan-bahan yang lain.
4. Setelah masak, masukkan puding nasi ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk.
5. Semasa hendak menghidang, taburkan sedikit badam cincang yang telah disangai terlebih dahulu.


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh