Laksam


Laksam Terengganu


Bahan-bahannya
untuk mi laksam
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
( air lebih kurang 3 cawan setengah lah, kalau pekat boleh boleh tambah air lagi, tekstur adunan seperti buat roti jala tu)

Bahan lain untuk menghasilkan mi laksam: untuk 10 org makan
500gm tepung beras (tak kisah tepung jenama apapun)
2 camb. tepung gandum
8 cawan air suam
3 camb minyak masak



Untuk Kuah Lemak Laksam
1/2 ekor ikan makarel@saba @ beberapa ekor ikan selayang@ikan kembung
2 inci halia
2 cawan santan
sedikit belacan
sedikit garam
1/2 biji bawang besar atau 4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam

untuk sambal lada -
4 tangkai cili kering
sedikit belacan yang di bakar sedikit

untuk ulam ulaman
4 batang kacang buncis @ kacang panjang
sedikit tauge
sedikit hirisan timun
sedikit hirisan kobis



Cara-caranya
Mula-mula campurkan bahan mi laksam di dalam bekas adunan, kemudian kacau supaya tidak berketul, perap adunan 30 minit sebelum di kukus. Panaskan pengukus, gliss acuan bulat atau pun tudung periuk dengan sedikit minyak masak, supaya tidak melekat, kemudian layangkan 3/4 senduk adunan mi laksam di atas acuan kek bulat atau pun tudung periuk tadi, pastikan tidak terlalu tebal atau nipis, kukus selama 5 minit ataupun sehingga permukaan agak menggelembung sedikit, maknanya mi laksam sudah masak, ambil spatula dan keluarkan laksam dari acuan, gulung terus dan ketepikan, jika mahu gulung terus dalam acuan kek tu pun boleh, ikutlah kesesuaian ataupun skills masing-masing, ulang langkah tadi sehingga semua adunan mi laksam siap.

Untuk Kuah Lemak
Di dalam periuk masukan 3 cawan air, rebus ikan makarel bersama 2 keping asam keping, tambahkan sedikit garam, setelah masak dan kuah agak mendidih, angkat ikan dan sejukkan, air rebusan ikan tu jangan dibuang, akan digunakan nanti.  Asingkan tulang dan isi ikan, di dalam blender satukan 2 cawan santan, isi ikan, halia, bawang besar, bawang putih dan sedikit belacan, kisar sampai hancur.
Curahkann bahan yang dikisar tadi didalam periuk yang berisi air rebusan ikan tadi dan masukkan serbuk lada hitam, sesuaikan rasa dan kacau selalu, masak sehingga kuah agak pekat.

Buat Sambal Lada, cili kering di rebus, kemudian masukkan sedikit air di dalam blender dan kisar lada kering tadi dengan sedikit belacan yang dibakar, kisar semuanya hancur, ketepikan.

Cara Penyediaan.
Potong mi laksam dan letakkan di dalam mangkuk hidangan, toppingkan laksam dengan hirisan timun, tauge, kacang panjang, kobis dan sambal lada, akhir sekali curahkan kuah lemak, sedia untuk dihidangkan sebagai sarapan atau minum petang, Selamat Mencuba.


Nota: 
1. Jika mahu lebih pedas, boleh tambahkan hirisan cili padi, terpulang pada selera ya.
2. Untuk
memudahkan membuat laksam, gunakan pinggan plastik yang telah disapu minyak terlebih dahulu dan kukus dengan menggunakan api sedang atau panas.
       

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Nei Urundai-

Soto Banjar