Nei Urundai-



Nei Urundai



Bahan-
100gm minyak sapi
10gm badam
10gm gajus
10gm raisins
250gm tepung kacang hijau/ tepung gandum/ tepung Ghee Unundai
250gm gula pasir



Cara memasak-
Cairkan minyak sapi.  Masukkan kekacang yang telah dicincang kasar, masak hingga kekuningan dengan menggunkan api yang kecil.  Kemudian masukkan tepung, gula dan gaul rata sehingga menjadi doh yang sebati.

Keluarkan doh, bulat-bulatkan semasa doh masih suam sebesar buah limau nipis.  Biar sejuk dalam suhu bilik.  Kuih ini tahan dalam simpanan hampir sebulan jika disimpan dalam bekas kedap udara.  Saya suka rasa kuih ini, macam rasa biskut suji, lemak minyak sapi diperkaya dengan bijian mewah sedap sangat rasanya.  Boleh buat time raya untuk dijamu, cara pembuatan dan bahan pun agak mudah.


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Sup Ponas Bidayuh