Thursday, July 8, 2010

Chocolate Mousse


Rasa cam ice cream. Tapi bukan ice cream. Rasanya sedap, sederhana manis, tekstur yang lembut dan boleh diperbagaikan cara pembuatannya.... cuba teka apa dia?. Hari nie saya nak ajar buat chocolate mousse pulak.
Chocolate mousse nie sedap dimakan, terutama ketika jiwa tengah kacau (laju jer ngapnya....).
Bahan -
3 biji kuning telur
3 biji putih telur
90 gm Caster sugar
120 gm cooking chocolate
330 gm whipped cream (VIVO @ Top Ace)
Pastry cream
Bahan hiasan seperti strawberry, coklat rice, maple syrup etc.

Cara membuatnya -
1. Cairkan cooking chocolate dengan cara double boil, menggunakan api sederhana.
2. Kemudian masukkan kuning telur setelah coklat tadi sejuk.
3. Putih telur dicampur dengan gula, kemudian dipukul sehingga menjadi gebu (meringue).
4. Pastry cream dipukul berasingan sehingga menjadi gebu (soft peak) dan elok naiknya.
5. Pastry cream kemudianya dicampur ke dalam adunan coklat, secara sedikit demi
sedikit. Pastikan adunan diadun secara perlahan-lahan dengan menggunakan senduk
kayu .
6. Kemudiannya baru masukkan adunan putih telur, adunkan secara sedikit demi sedikit
sehingga kesemua adunan sebati.
7. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk, kemudian paipkan ke dalam gelas dan hiaskan
sebelum dihidang.




















Monday, July 5, 2010

Blueberry cake....


Yam... yummy.... ada yang tak suka ker?? Jeng! jeng! jeng! pelik bin ajaib rasanya kalau x suka makan kek.
Oklah, menceceh berjela pulak... hari nie saya nak ajar buat blueberry cake. Cara-caranya....
Bahan -
150gm Soft flour
150gm Castor sugar
5 biji Telur
50gm Melted margarine @ corn oil
Blueberry paste
coklat @ strawberry@ any nuts untuk hiasan
Pastry cream
Cara membuatnya -
1. Pukul gula dan telur sehingga kembang.
2. Masukkan margerine @ corn oil, pukul sebati.
3. Masukkan tepung, sebatikannya sebentar sahaja.
4. Bakar dengan suhu 180 celcius selama 45 minit.
5. Sejukkan, bila telah masak pada suhu bilik.
6. Potong kek kebeberapa lapisan. Setiap lapisan sapu dengan sebarang jem atau air gula,
Penuhi permukaan kek dengan blueberry paste. Pastikan ianya 1 lapisan yang nipis sahaja.
7. Buat step yang sama sehingga kesemua lapisan selesai dilapisi dengan blueberry.
8. Pada lapisan yang terakhir lapisi dengan pastry cream begitu juga disekeliling kek. Kemudian
sapukan blueberry paste diatas kek dan hiaskan.

Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...