Mee Tomyam seafood


So easy. Semudah memasak maggi. Aritu gi one of the shopping mall yang ada berdekatan Seberang Jaya, Penang. Dari jauh dah terbau tomyam, berasap-asap sebab dimasak secara terbuka. Daripada x nak makan, perut kenyang pun terasa cam dah 10 ari tak makan. so saya order 1, anak tak nak, tapi bila dah sampai dia orang yang terlebih rembat. Kempunan punya pasal balik buat sendiri kat umah, puas hati den.... Untuk yang tak pernah mencuba ini resepinya.
Bahan -
1 paket mee kuning
250 gm udang (sederhana besar)
100 gm sotong basah (sederhana besar)
100 gm ketam (nak mudah ambil isinya sahaja)
2 -3 batang serai
1 botol pes tomyam
4-5 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
20 gm cili padi
sedikit minyak masak( untuk menumis)
1/2 liter santan (x guna pun takpe....)
2 batang Lobak merah
1/2 biji kubis
100 gm Bunga kobis
4 biji Tomato
Cara membuatnya -
- Panaskan minyak, masukkan pes tomyam, serai yang telah diketuk dan air mengikut
sukatan yang diingini.
- Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong mengikut saiz yang disukai.
- Dalam 10 minit kemudian, masukkan pula udang, ketam dan sotong.
- Bila agak masak masukkan cili padi yang telah dipatah-patahkan.
- Tutup api dan masukkan daun limau purut.
- Mee perlu dicelur sebelum dicampurkan dengan kuah tomyam.
- Bolehlah menjamu selera......
Ops..... cite tak habis lagi. Faktor penting yang membuatkan den masak sendiri mee tomyam nie kat rumah adalah kerana den terjumpa seekor lalat di dalam mee tersebut. Tak hygiene langsung. Pengajarannya.... masaklah sendiri kat umah (hatipun tak sakit).

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Aruk

Soto Banjar

Nei Urundai-