Friday, July 23, 2010

Roti Jala dgn Kari ayam



Hujung minggu camnie, kalau layan roti jala best jugak ek!. Tapi cam leceh jer, nak mengurai (any term??? i just hear from my grandma.... this term "mengurai"). Tahu tak term tu mendanya, itu merupakan term untuk koje adunan roti jala yang kita bentukkan di dalam non-stick pan. Kalau x de non-stick pan apa nak buat?? gi kedai kat hujung jalan dan jerit kuat-kuat "makcik! roti jala 1". Okay, jangan jadikan alasan, pan biasapun bisa, letak aje sedikit minyak masak (sedap kalau guna corn oil @ butter... aromanya nanti mix dengan roti jala...). Ada yang dah tak kuasa nak dengar saya berceloteh? Sebagai upah melayari blog saya, ari nie saya perturunkan resepi Roti Jala bersama Kari Ayam :


Bahan Roti Jala -
200 gm Tepung gandum (ayak dulu yea)
air mengikut kepekatan adunan
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara membuatnya -
1. Masukkan tepung gandumdan serbuk kunyit bersama sedikit garam ke dalam bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau adunan tepung dengan menggunakan whisk
(alat yang selalu digunakan untuk mengadun telur - ketika membuat bahulu).
3. Setelah adunan sebati, dan tidak berketul2; masukkan telur dan sebatikan. Biarkan seketika.
4. Mula mengirai adunan roti jala menggunakan acuan roti jala ketika pan telah mula panas.
Gunakan api sederhana sahaja. Angkat apabila adunan kelihatan kering sedikit. Lipat tiga
segi atau gulungkan saja...
5. Siap untuk dimamam.... yummi...


Bahan untuk kari ayam -
500 gm isi ayam (mudah kerja.....)
1 paket kerisik
200gm santan pekat
garam, gula secukup rasa
2 inci halia
4 biji bawang merah
2 camb. serbuk rempah kari ayam
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang,
2 biji bawang putih
sedikit daun kari

Cara membuatnya -
1. Tumis bawang dengan kulit kayu manis daun kari dan bunga lawang sehingga naik bau.
2. Masukan rempah, biar sehingga pecah minyak.
3. masukkan ayam, air, santan dan perasakannya.
4. Bila ayam telah masak, bolehlah dihidangkan bersama roti jala tadi.

Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...