Monday, July 26, 2010

Nasi lemak


Nasi lemak buah bidara... sayang selasih hamba lurutkan; hilang emak hilang saudara.... kerana kasih hamba turutkan.... Nie statement dari cite dulu-dulu. Statement sekarang apa ek... Nasi lemak sepanjang jalan kat Taman Pauh.... sayang perut lapar hamba rembatkan; hilang rm tak ingat berapa..... kerana laparnya pasal hamba beli sampai abis.... Ha..ha.. ha. nie saje jer nak promo nasi lemak kat Taman Pauh tu (tapi yang dijual kat tempat abang burger tu really sedap....).

Saya puasa hari nie, melatihkan diri menunggu ramadhan (alahai.....). Tetiba teringatkan nasi lemak. Mungkin ada juga yang seperti saya, jadi apa tunggu lagi meh kita balik dan masak. Actually, nasi lemak nie cara penyediaanya ada pelbagai version. Sebelah Penang; nasi lemaknya tidak dibubuh santan, cuma bawang ditumis bersama mentega (nak sedap guna minyak sapi) kemudian dimasukkan beras, bahan yang berkaitan dan sedikit gula. Sebelah KL, nasi lemaknya tidak menggunakan santan... hampir separuh nasi lemak yang dijual tiada terasa santannya. Yang selalu letak santan adalah nasi lemak orang Kedah....

bahan untuk nasi lemak -
3 sukatan cawan beras
sedikit Halia (dihiris)
3 biji bawang merah (dimayang)
1 biji bawang besar (dibelah 4)
sedikit halba, lada hitam, gula dan garam
250ml santan
2 batang serai
2 helai daun pandan

Cara membuatnya -
1. Basuhkan beras dan toskan.
2. Panaskan periuk, tumiskan bawang dan halia.
3. Masukkan beras, dan bahan selebihnya.
4. Biar sehingga masak.

Bahan sambal ikan bilis -
200 gm ikan bilis (digoreng berasingan)
50 gm cili boh
4 biji bawang besar (dimayang)
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuatnya -
1. Panaskan api dan tumis cili boh.
2. Masukkan bawang besar berserta gula dan garam.
3. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah siap digoreng.

Nota - 
   Ikan bilis digoreng terlebih dahulu bertujuan untuk memberi rasa ranggup pada
sambalnya. saya tidak memasukkan asam jawa, untuk memudahkan proses memasak dan menjimatkan masa.

Nasi lemak merupakan makanan tradisi orang Melayu tak kira sama ada di Malaysia, Singapura, Indonesia (terutama di Riau, Jambi dan Utara serta pantai timur Sumatera), selatan Thailand dan Brunei.  Hebatnya hidangan ini di Malaysia, ia disuakai oleh berbilang kaum dan bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Sajian nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa atau sekarang ini ada yang menggunakan santan kelapa sawit bagi memberi rasa bersantan pada nasi lemak yang disediakan.  Bahan utama lain bagi pembuatan nasi lemak adalah Daun pandan, serai dan halia.

Nasi lemak merupakan sejenis makanan lengkap yang amat mudah untuk disediakan.  Asasnya nasi lemak merupakan sejenis hidangan yang dimasak bagi dijadikan bekal kepada para pesawah, pekebun getah, sayuran dan sebagainya.  Hidangan nasi lemak mempunyai komposisi lemak yang tinggi, jumlah kalori atau tenaga yang tinggi bagi membekalkan tenaga maka ia sesuai dijadikan hidangan bagi mereka yang perlu bekerja membanting tulang setiap hari.  Menariknya hidangan ini sehinggakan pernah seorang karyawan barat Richard Olof Winstedt (1909) menulis mengenai hidangan ini dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life" (Keadaan Kehidupan Melayu).

Sisi lain hidangan nasi lemak-
1. Nasi lemak telah dikategorikan sebagai satu jenis makanan segera (berkalori tinggi) semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007.

2. Pada 2011, nasi lemak telah dicadangkan untuk dihadkan penjualannya sebanyak dua kali seminggu oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan bagi menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat terutama dikalangan kanak-kanak.

3. Pada 2016, nasi lemak telah terpilih dan diiktiraf sebagai 10 hidangan sarapan antarabangsa paling sihat di dunia oleh majalah antarabangsa TIME.

Selamat menjamu selera.... nasi lemak nie sedap dimakan panas-panas bersama tempe goreng, kacang goreng, timun dan sayur kangkung goreng belacan.

Rujukan-
1. Richard Olof Winstedt (1909). The Circumstances of Malay Life. Social Sciences.
2. ms.m.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak
3. Siraplimau.com/cara-buat-nasi-lemak-mudah/

Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...