Ini adalah kek pertama yang dibuat oleh mama semasa saya kecil dulu. Habil saya kerjakan. Rasanya lazat, kerana ada kesinambungan rasa antara sponge cake dan dark pitted cherries; yang kemudiannya disaluti pula dgn cream yang sememangnya marvellous.
Sponge cake-
Bahan:
1 kg Sponge mix flour (boleh diperolehi di kedai2 pastry)
1 kg Eggs
250 gm Water
250 gm Corn oil
Cara membuatnya:
- Campurkan kesumua bahan kecuali corn oil ke dalam bekas pemutar dan putar adunan dengan kelajuan tinggi menggunakan whisk.
- Bila adunan mengembang 3 kali ganda, barulah dimasukkan dengan corn oil.
- Masukkan adunan ke dalam bekas acuan pembakar, anggaran 1/2 bekas penuh.
- Bakar pada suhu 180
0c selama 45 minit. - Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan terus keluarkan kek dari acuannya.
- Biar sejuk seketika sebelum menghias.
Bahan untuk menghias:
1 biji Sponge cake
Dark pitted cherries
Maraschino cherries
Parutan coklat masakan
Whipping cream
Syrup (boleh juga gunakan air dari dark pitted cherries)
Cara membuatnya:
- Sponge cake coklat dipotong kepada 2 atau 3 bahagian yang sama besar.
- Letakkan syrup pada setiap lapisan kek.
- Sapukan whipping kek di atas setiap lapisan kek.
- Letak dark pitted cherries pada keseluruhan permukaan 2 lapisan kek.
- Akhir sekali hiaskan dengan whipping cream, parutan coklat atau coklat rice dan marchinno cherries.