Thursday, December 27, 2012

Assorted Fruits with Sauce and Almond Nib


Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
Keterujaan untuk berkongsi menu masakan sentiasa ada tapi masa sering mencemburui kita.  Setiap hari terdetik bila nak share resepi-resepi nie; tapi itulah..... bila menjadi seorang yang berkerjaya.  Kerja perlu diutamakan.  Itu amanah namanya, amanah yang diberi perlu dijaga kerana itu yang akan menentukan berkat atau tidaknya rezeki kita nanti.

Untuk pagi yang indah ini saya ingin berkongsi dengan anda semua resepi Assorted Fruits with sauce and almond nibs.

Bahan:
Berbagai jenis buah mengikut kesukaan anda.
Buah yang saya gunakan strawberri, anggur hijau dan anggur merah, pineaaple cube (dlm. tin), rambutan (dlm tin), longan (dlm tin).
2 bekas@ 250 gm Yougurt sebarang perisa
200gm Cream Cheese 
Mangga (sebagai hiasan)
Daun pudina (sebagai hiasan)
50 gm Gula castor
100 gm Almond nibs

Cara membuatnya:
1.  Cuci bersih buah-buahan kegemaran anda.  Satukan di dalam satu bekas.  Buahan dari dalam tin,
     ambil isinya sahaja.
2.  Cream cheese, gula dan yougurt disatukan dan dipukul sebati.
3.  Almond nibs disangai sehingga kekuningan.
4.  Bila hendak dihidangkan, semua adunan ini disatukan dan digaul sebati dan kemudiannya baru
     ditaburkan dengan almond nibs.


Kay mudah bukan cara membuatnya.  Satu pesanan dari saya jangan gunakan  buahan yang berjus atau buahan yang mengandungi kandungan air yang banyak sebab bila digaul dengan cream cheese dan yougurt buahan tersebut akan mengeluarkan kandungan airnya yang mana kemudiannya akan menyebabkan buah menjadi lembik dan hancur.  Selamat mencuba..,.,

Monday, June 11, 2012

Gulai Ketam Nenas

Hellowww.....lama betul tak berceloteh kat sini. Topik cerita saya hari nie berkatain dengan ketam.   Sapa suka gulai ketam?  sapa tak suka gulai ketam?   Sila angkat punggung.... Hem... walau tak nampak tapi saya dah boleh agak.  Mesti ramai yang suk makan ketam kan?.

Masakan nie, semacam suatu nostalgia buat saya.  Bila saya teringin nak makan gulai ketam, kenangan atau ingatan saya akan mengimbau kepada mama, papa, nenek di kampung (sebelah papa) dan arwah tok (sebelah mama).  Sebab apa? Sebab masakan ini bila dimasak oleh insan2 yang tersebut di atas.  Hem.... memang sangat sedapppp.....

Bila dah agak berumur (baru sedar diri) saya mencuba mencabar diri saya untuk cuba menghasilkan gulai ketam seperti mana yang mama, papa, nenek dan arwah tok masak.  Bermulalah cabaran dengan suatu petang yang indah permai saya ke pasar malam di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Wo..wo... nasib saya tak tamak.  Usaha saya bukan dihari yang sepatutnya.  Ha..ha... ketam tengah mahallah pulak time nie.  Nasib baik saya ambik 4 ekor aje (tu pun kena dekat RM30.00).  Bersama check list, saya mencari satu persatu barangan yang diperlukan untuk masakan ini.                                                                    

Resepi yang saya gunakan (saya perolehi daripada laman2 blog masakan).:                   
5 ekor ketam (bersih dan  toskan)                    
1  biji nenas   (kupas, bersihkan, dan dicelur sekejap)           
2 cawan santan cair                                      
1  cawan santan pekat                                    
1 paket serbuk kari (saya guna rempah ketam/udang)
Cili kisar (ikut kepedasan yang diingini)
        Asam gelugur secukupnya
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 tangkai daun kari
sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
sedikit halba campur

Cara menyediakkannya:
1.  Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari, halia dan halba sehingga
     naik bau.
2.  Masukkan serbuk kari dan cili giling yang dibancuh dengan sedikit air.
3.  Masak dengan api sederhana, kacau selalu sehingga pecah minyak.
4.  Masukkan ketam, santan cair dan asam gelugur.
5. Masak sehingga mendidih.
6.  Masukkan nanas dan santan pekat, garam dan gula.
7.  Biar mendidih, tutup api dan bolehlah dihidangkan.


Pisang yang gambarnya tertera, bukanlah bahan dalam masakan.  Pisang tu buat selingan saya, yang dah terasa lapar, makan pisang untuk alas perut gitu.  Oh! selesai masak. Saya pun mencuba masakan saya ini.  Hu..hu... rasa nak nangis, nostalgik sangat.  Tapi apapun rasanya masakan mereka lebih sedap.  Untuk tak menghampakan hati, saya tetap kirimkan sedikit gulai ketam ini ke kampung untuk dirasa oleh mama dan papa saya.  Dan kata papa, "hem! kurang pekat rempahnya....".  dah agak dah.....  Untuk anda selamat mencuba.
                             


Tuesday, April 24, 2012

Puding Laici


Hati tengah gundah gulana.... Status diri yang saya sendiri tak tahu posisinya bagaimana.... fening! memang amat fening..... Sayayang rasanya nak meninggalkannya.  Bukan kehendak diri tapi kehendak mereka yang tidak memahami..  Apakah??? Biarlah menjadi rahsia pada diri saya.....

Kay, kalau tadi menjadi rahsia, yang nie saya tak nak simpan sorang.  Tak baik... nanti kalau ada yang teringin, pintu rumah saya pulak yang menjadi mangsa.  Lets we share it.

Puding Laici:

1 paket agar-agar
1 lt        Susu segar
2 tin      Laici
Gula ikut sesuka ati
Hiasan (apa je boleh bantai, jangan letak bantal buat hiasan udahlah)


Cara membuatnya:
1.  Agar-agar dilarutkan ke dalam air dan dimasak sehingga agar-agar menjadi larut bersama air.
2.  Masukkan gula dan bairkan gula larut dan sebati di dalam air.
3.  Laici diblend halus dan dimasukkan ke dalam adunan agar-agar, bersama air laici.
4.  Tutup api dan masukkan susu segar.
5.  Tuangkan ke dalam bekas dan biar beku di dalam peti sejuk.
6.  Keluarkan dan hias dan apa lagi.......marilah menjamu selera... sila.. sila...(yum..yumm)

Thursday, February 9, 2012

Mee tomyam seafood (2)

Teringat masa kecil, time duduk kat Sabah inilah makanan fabaret kita orang.  Urmmm..... sedap sangat hinggakan berulang-ulang makanlah dibuatnya.  Tak tahu penuh-penuh pulak perut time tu, heran betul.  Inilah agaknya yang dikatakan air tangan ibu.  Masak apapun sedap.  Terima kasih buat mama yang telah bersusah payah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang.  Well, jangan buang masa lagi hari nie saya nak share dengan anda semua resepi Tomyam Thai. 


Bahan-bahan bagi Perencah Tom yam-

5 ulas          bawang merah
2 biji           cili merah
5 biji           cili kering
1 inci          lengkuas
2 batang     serai
1 camb.      udaang kering
3 helai        daun limau purut
1 inci          belacan (dibakar)
Air asam jawa, gula dan garam


Bahan untuk sup tomyam -

1/4 ekor       ayam
200 gm        udang
3 camb.       susu cair
2 ekor          sotong
1 biji            bawang besar (potong 6)
5 biji            bawang putih (diketuk)
1 inci           lengkuas (diketuk)
2 batang       serai (diketuk)
1/2 batang   lobak merah
bunga kobis secukupnya
5 helai         daun limau purut
1 biji            tomato (belah 4)
1 camb.       perencah tomyam
1 camb.       sos ikan
2 biji           limau nipis
5 biji           cili padi
garam dan daun ketumbar secukupnya


Cara membuatnya -
1.  Sediakan perencah tomyam.
2.  Kisar kesemua bahan bersama sedikit air kecuali air asam jawa, garam dan gula.
3.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
4.  Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
5.  Masak sehingga menjadi pes, pes ini boleh disimpan dan dipakai bila anda memerlukannya.
6.  Rebus ayam beberapa minit, masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili
     padi dan lengkuas.
7.  Masukkan sotong, udang dan sayur-sayuran.
8.  Masukkan pes tomyam, sos ikan, perahan limau nipis dan sedikit garam.
9.  Padamkan api.  Masukkan susu cair dan daun ketumbar.
10.  Apa lagi, jomlah makan.  Makan dengan nasi pun sedap, dengan mee pun layannnn.  Makan
      sajapun boleh juga.

Fish and Chip

Bahan utk ikan- Sedikit tepung gandum (sekadar untuk menyalut ikan) Sedikit tepung jagung (masukkan dalam tepung gandum) Sedikit garam Sedik...